Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, January 5, 2011

Penghujung Muharram

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Apa khabar sahabat-sahabat maya saya? Anda sihat? Kalau sihat, alhamdulillah syukur pada Allah. Erm..sekejap sahaja masa berlalu kan. Hari ini dah 30 Muharram. Kita akan meninggalkan Muharram dan Safar akan menjelma.

Semakin hari, semakin cepat masa berlalu. Adakah kita sudah penuhi masa kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah. :-)

Dengan beredarnya masa, umur kita pun makin bertambah. Jadi sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.


Selalulah kita tingkatkan amalan kita kepada Nya. Kerana Dialah yang mencipta segala sesuatu buat hamba-hamba Nya. Bersyukurlah di atas nikmat yang di berikan.



Kalau diberi sahabat,
~ Terimalah dia seadanya, kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai ~


Kalau diberi rezeki,
~Bersyukurlah kerana masih ada insan yang belum dapat sesuap nasi pun untuk hari ini~

Kalau diberi peluang,
~Manfaatkan peluang yang diberi dengan sebaiknya~


Kalau diberi usia,
~Penuhilah dengan amal soleh yang boleh membawa kita ke jalan yang diredhai. Tinggalkan segala larangan Nya, laksanakan segala suruhan Nya~





Salam Penghujung Muharram,
-NurkasihAtieqah-

No comments: