Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, January 21, 2011

Bersabarlah Duhai Hati ~~


Mungkin ini ujian buat ku,
Menghadapi ranjau penuh berliku,
Dalam mengharungi usia remaja ku,
Yang pada pandangan masyarakat,
Patutnya aku adalah sebagai pelajar.

Tapi hakikatnya,
Allah telah mentakdirkan yang lebih jauh dari itu,
Yang lebih besar ujiannya dari seorang pelajar,
Meniti hari-hari dan usia setahun jagung ini,
Untuk mencari sesuap nasi untuk diri sendiri.

Mungkin nampak seronok,
Mungkin kelihatan bahagia,
Tapi hakikatnya,
Hanya Allah yang tahu,
Erti pengorbanan mencari sebuah kehidupan.

Seringkali jatuh dan tersungkur,
Seringkali di marah dan di kritik.

Hingga mutiara jernih ini mengalir,
Membasahi pipi tanpa henti-henti,
Itulah mutiara yang ku pendam selama ini,
Tanpa ada seorang pun yang tahu,
Kecuali hanya Allah yang Satu.

Kadang-kadang sehingga terfikir,
Mengapa mereka buat begitu pada ku?
Mengapa sampai begini?
Adakah kerana aku budak junior?
Adakah aku seorang yang lemah?

Ya Allah,
Bantulah hamba mu ini,
Hanya pada mu ya Illahi,
Aku mengadu hiba,
Mengharap secebisan kesabaran,
Mengharap seribu ketabah,
Mengharap segunung keiman di dada.

Sering kali aku berfikir,
Mungkin ini proses pembelajaran ku,
Bagi memulakan kehidupan.

Selalu juga aku hampir berputus asa,
Tapi alhamdulillah iman masih di dada,
Insyaallah ini ujian bagi ku,
Dalam mematangkan fikiran,
Dalam menjalani kehidupan duniawi ini.

Moga hari-hari ku,
Diselubungi iman dan taqwa yang kukuh di hati,
Hari-hari yang mendatang dapat ku hadapi dengan tabah.







Insyaallah,
Allah always beside you,
Nurkasih Atieqah.

No comments: