Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, January 28, 2011

Perkahwinan

Dah beberapa hari otak ini beku. Baru tulis sebaris ayat dah terasa nak jam untuk menyusun ayat yang seterusnya. Terhenti seketika. Cuba sambung kembali dan terhenti semula. Aduhh.!!! Susahnya nak luahkan apa yang nak dikongsikan di dalam blog kesayangan ini. Walaupun ada banyak yang terbuku di hati untuk dicoretkan.

Ok lah hari ini saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua satu tajuk yang jarang orang muda seperti saya ini (lebih-lebih lagi yang belum berumah tangga tapi hanya ada rumah sahaja. Hee~) akan berbicara mengenainya. Kalau ada pun cuma sekadar hanya mainan di bibir sahaja untuk keseronokan.


PERKAHWINAN



Sering kali, bila berbicara soal perkahwinan. Setiap orang pasti akan berasa seronok dan menantikan hari bahagia itu. Memang saya tak nafikan, memang kita akan seronok untuk menanti hari bahagia itu. Saya juga begitu. Insyaallah. (^_~)


Tapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu bukan satu keseronokan semata-mata tetapi ia penuh dengan tanggungjawab. Sedarkah kita akan perkara ini..?

Perkahwinan bukan benda yang boleh dibuat main kerana ia melibatkan kehidupan kita pada masa akan datang. Perkahwinan bukannya hanya terletak pada soal cinta semata-mata. Tetapi ia hadir bersama tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Dan juga bila cahaya mata dilahirkan, tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah pula. Semuanya itu memerlukan tanggungjawab yang perlu di dasarkan kepada ajaran agama.

Seperti kata ustaz Hasrizal, "Jika mahu bercinta jangan meracang hanya ke pelamin. Tetapi masukkan sekali urusan lampin. Kerana Rumah tangga bukan utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia. Itulah nikmat kehidupan berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia."


Ingatlah sahabat semua, andai kita memutuskan untuk berumah tangga itu bermakna kita harus memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian dan memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan kita dalam sebuah institut kekeluargaan tanpa perlu diminta di balas. Dan seandainya pasangan kita memberi kebaikan kepada kita, ucapkanlah syukur kerana itu adalah satu rahmat walaupun kebaikan itu hanya secebis cuma.

Jangan diminta cinta 100% daripada pasangan tetapi bersyukurlah dengan apa yang telah diberikanya. Kerana itulah tandanya orang yang beriman dan hamba yang sentiasa bersyukur. Insyaallah.

Setiap orang pasti mahukan yang sempurna. Betul atau tidak..? Erm..tapi ketahuilah sahabat-sahabat ku semua, janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi pada insan pilihan hati kita yang beliau adalah seorang yang begitu sempurna. Kerana takut nanti kita tak boleh terima kelemahan yang akan terlihat selepas berumah tangga nanti.

Jadi apa yang boleh saya katakan di sini, jangan terlalu memilih yang sempurna. Ketahuilah setiap hamba Allah itu pasti ada ketidaksempurnaannya. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Jika kita ingin pasangan yang soleh, kita berusahalah dahulu untuk menjadi solehah. Insyaallah, jika kita solehah pasti akan dapat yang soleh. Seperti firman Allah yang bermaksud " Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" (Surah An-Nur 24:26)




Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasih mu. Apakah ia sebuah TAQWA atau CINTA BUTA yang tidak berpijak di bumi nyata..?



p/s: bauh cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan. (^_^)



Bingkisan Nurani Ku,
-Nurkasih Atieqah-

6 comments:

Kasihiro said...

Salam,
nice post!

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikumsalam..
syukran encik kasihiro..=)

raudhah said...

salam atieqah..

hehehe..raudhah folo yer *131 =)

bila nak kawen ni? masa umo bape? lalaala =)

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikumsalam cik raudhah...terima kasih cik raudhah sudi folo blog saya..=) bile nak kawen..? hehehe... lambat lagi cik raudhah..muda lagi..lagi pun tiada calonnya..=) cik raudhah la dulu..hehehe..(^_~)

Saiedah Syamielah said...

wah,,perkongsian isi y sgt mantap ^^...nice sharing ,,

NuRKaSiH aTieQaH said...

insyaallah...manfaat untuk kita bersama..(^_~)