Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, January 4, 2011

Tragedi Rumah Lama

Dalam pada abah hanya nak bakar separuh almari dan baju-baju lama dan yang paling penting abah nak kurangkan anai-anai di dalam rumah. Tiba-tiba...

"Rumah terbakar. Cepat ambil air."
Kata abah kepada kami.

"Ha' terbakar. Ya Allah. Cepat ambil air. Air, air, air. Cepat ambil air. Rumah terbakar." kataku kepada adik-adik.



Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada waktu itu. Takut bercampur cemas. Almaklumla rumah tu, rumah lama. Dan rumah tu satu-satunya peninggalan arwah atok untuk ibu. Alhamdulillah, setelah dicuba sedaya upaya. Akhirnya, abah dapat selamatkan api itu dari merebak ke atap rumah.

Alhamdulillah, fuhh selamat walaupun penat berkejar-kejar nak ambil air. hee~~ Selepas api pun dah reda. Kamera di tangan. Ermm apa lagi saya sebagai skuad dari Bingkisan Nurani Ku ligat mengambil gambar sana-sini untuk dijadikan kenangan penghujung 2010. Erm..tak tahu bila lagi nak balik Pahang ni. ^__^,

Tengok tu kepulan asap-asap yang keluar dari rumah kami yang sudah ditinggalkan hampir 12 tahun. Huhu..





Di sinilah kami adik beradik selalu main ketika masih kecil. Dulu dekat sini ada pondok dan buaian yang arwah atok buatkan untuk cucu-cucunya ni. (hee~ adik beradik saya la tu) Tapi sekarang pondok dan buaian pun dah roboh. Tiada apa yang tinggal. Yang tinggal hanyalah kenangan.


Ingat lagi, dulu saya pernah tidur di pondok itu akibat terlalu leka bermain. Adik-adik semua dah balik rumah atok. Tiba-tiba... BENNNGG!! ha' terus terjaga. Hehe.. Nak tau bunyi apa tu? hehe.. Bunyi atok tembak kera. Terus lari masuk rumah atok. Hehe.. Itulah peristiwa manis yang ada di sebalik gambar ini. ^_^

Ok la sahabat-sahabat saya semua. Jom layan gambar yang saya ambil yang tak berapa jadi ni. Hee~



Ha' gambar ni masa kami adik beradik kemaskan rumah wan. Kesian Wan lepas arwah atok meninggal dia pun dah tak larat nak buat kerja. Almaklumla dah berusia. So kepulangan kami ke kampung bukan hanya melihat wan tercinta tapi juga untuk berbakti kepada rumah wan dan juga rumah kami yang separuh siap.



Inilah rumah wan. Rumah dua tingkat yang kini hanya di huni oleh wan dan anaknya serta dua orang cucu.




Ha' ni pulak pokok rambutan merah. Hehe.. Nak tahu kenapa saya ambil gambar ni. Hehe.. Ada peristiwa menarik di sini. Hehe.. Erm..bila musim rambutan jer, pokok rambutan inilah yang selalu saya panjat. Hehe.. Jangan tak percaya. Bukan takat rendah-rendah tau. Hehehe.. Ha' tu sampai atas tu ha saya panjatnya. Kalah saudara-saudara lelaki. Hehehe.. Dorang semua kat bawah saya sorang jer kat atas pokok tu. Hehehe.. Tapi itu dulu la. Masa kecik-kecik. Hee~~ Sekarang ni dah besar panjang. Dah jadi anak dara pun. Tak manis la kan kalau nak panjat-panjat ni. Ahaks3.. :-P


Yang belah kiri sekali tu pokok rambutan kuning. Yang belah kanan sekali pokok langsat. Herm..tapi dah lama sangat tak balik bila tiba musim buah. Masa arwah atok ada, bila kami telefon atok jer, pasti dia kata "Ayong tak balik ke Pahang? Sekarang musim buah ni. Banyak buah ada. Tapi tak ada orang balik nak ambil pun." Herm sedih jer dengar. Kadang-kadang tu meleleh jug air mata bila dengar arwah atok cakao macam tu. Tapi itu semua hanya tiggal kengan sahaja. Rindu dekat atok. Semoga tok sentiasa aman di sana. :)

Hehe..tengok adik saya tu. Macam-macam gelagat diaorang ni. Hehe.. Kadang-kadang peneng melayan telatah diaorang ni. ^_^






Pahang di hati ku. ^_^


Ting!! Hehehe.. Gambar ini saya ambil masa dah sampai rumah. Ermm ni lagi la lama. Nak tahu apa dia ni? Hee~ Ni la sarung bantal saya masa kecik-kecik. Masa kemas rumah lama hari tu abah yang jumpa. "Ayong, ni ha' sarung bantal awak masa kecik-kecik dulu. Sarung bantal ni la yang selalu awak guna dulu" Hehe..aku senyum jer la. =)


Dekat Pahang ni, memang banyak sangat kenangan saya. ~~ <3 style="text-align: justify;">Kenangan bersama abah dan kawan-kawannya. Hehe..sebab saya masa kecik selalu ikut abah pergi kemana sahaja. Pergi masjid, pergi usrah la. Hehe.. Almaklum la ada adik kembar kecik masa tu. ^_^ Dan pernah jatuh dalam semak malam-malam sebab abah terlanggar lubang masa naik motor. Hehe..

Kenangan bersama atok. Atok bawa pergi jalan-jalan keliling kampung la. Herm lagi satu, pernah tengok atok dapat tangkap ular sawa besar. Ular sawa tu nak makan ayam-ayam atok sekali atok yang dapat tangkap dia. Hehe.. Nasib baik.

Kenangan bersama saudara-saudara. Hehehe. Masa kecik-kecik dulu suka ambil pokok bunga atok. Main masak-masak la. Main jual-jual la dengan saudara. Hehe.. Sampai ada satu hari, adik saya terpegang taik ayam candu untuk dibuat main. Haha.. Lepas tu terus kena marah dengan abah. Terus tak dapat main. Hehe..

Wah panjang lebar cerita saya untuk kali ini. Hehe.. Excited pula nak cerita pasal kampung halaman. Hehe.. Ok lah kalau nak cerita lagi memang tak habis. Ahaks3.. Itulah kenangan. Yang memang jika diungkapkan tidak akan habis. Terlalu banyak yang ingin diceritakan.


Salam sebiru hari ini,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: