Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, February 14, 2011

Aku Rindu Pada Mu

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Aku rindu pada mu ya Rasulullah.


Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman pada Allah maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar kita, Rasulullah SAW tanpa membantahnya dan meraguinya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah an-Nisa: ayat 59).






Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim).



Banyakkan selawat banyakkan ibadat
Barulah kita bahagia dunia dan akhirat.


Marilah sama-sama kita hayati lagu ini. Lagu inilah yang sering menjadi siulan saya ketika berada di sekolah rendah. Dan kini, apabila menyanyikan kembali rasa begitu rindu kepada Rasulullah. Rasa seperti meresap ke seluruh anggota. Syahdunya terasa. Moga kita semua tergolong di dalam orang yang akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Insyaallah.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).





Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 56).






Bingkisan Rindu Ku Hanya Pada Mu Ya Rasulullah,
-nurkasih atieqah-

2 comments:

Profesor Adab said...

Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah
www.rosemujahid.blogspot.com

NuRKaSiH aTieQaH said...
This comment has been removed by the author.