Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, February 28, 2011

Kek Coklat

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Sihat? Dah makan? Hehehe.. Kalau tak makan lagi, apa kata sahabat-sahabat semua try buat kek coklat ni. Ahaks3 saya dah try. Alhamdulillah jadi. Sedap pula tu. Cuba sahabat-sahabat pula try buat. :)


Inilah dia gambar kek coklat yang saya telah siap buat.


Ermm..dekat sini, saya nak kongsi dengan sahabat-sahabat saya resepi kek ini. Jom-jom kita tengok bahan-bahan dia. Senang je sahabat-sahabat.

Kek Coklat

Bahan

180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]

Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.

Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter

Cara

1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.
4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kreatibiti sendiri.


Ok dah tengok? Senangkan? Ha' apa lagi jom la try buat. Selamat mencuba yer sahabat-sahabat.


Salam Ukhwah,
-Nurkasih Atieqah-
:: Mood memasak ::
heeee ~~~~ (^__^)


2 comments:

EJA said...

wah nampak mcm sedap je tq share resepi nanti eja cuba buat tau.hheeh eja mgg suka wat kek :)

NuRKaSiH aTieQaH said...

hehehe..kak eja..try la..nur dah try..alhamdulillah, family kata sedap..hehehe..selamat mencuba yer.. ;)