Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 9, 2011

Khas Buat Sahabat-Sahabat Ku


Dengarlah Teman Ku Sayang

Teman ku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan di balas kejayaan dan pahala,
Kau di beri peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.

'Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.'
(Surah al-Tin: 4)

Sedarlah teman ku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah di isi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman di antara mu dan orang berilmu beberapa darjat.' (Surah al-Mujadilah: 11)

Teman ku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak di isi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan Nya,
Barulah hati mu tenang bahagia.

Ketahuilah teman ku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuahn,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
'You are the best ummah.' (Ali Imran: 110)
'Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.' (Al-Hujurat: 13)

Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan periharalah kami dari azab neraka.' (Al-Baqarah: 201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan mu yang menciptakan.' (Al-Alaq: 1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan menghianatinya, dan pikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakannya.)' (Al-Ahzab: 72)

Ketinggian seseorang kerana iman,
'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.'
(Ali-Imran: 139)

Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas / masa+yakin,
asas kejayaan,

'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.'
(Ar-Ra'd: 11)

'Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia Nya dan demikian pul Rasul Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentukan yang demikian itu lebih baik bagi mereka).' (At-Tawbah:59)

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan di janjikan pahala,
Bakal mengangkat darjat mu di sisi Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah beharga.

Teman ku,
Bangkitlah dari lena mu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah teman ku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan di mulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.


Bingkisan Nurani Ku,
-Nurkasih Atieqah-

Sumber: Tautan Hati
http://www.emocutez.com

No comments: