Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, March 4, 2011

BAHAGIA dan SENGSARA


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat di alam maya ini tentang 'Tanda-tanda bahagia dan Sengsara". Semoga kita semua dapat mengambil manfaat bersama. Insya-Allah. :)


Tanda-tanda Bahagia:

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat.
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran.
3. sedikit bicara terhadap apa yang tidak di perlukan.
4. Sangat memelihara solat 5 waktu.
5. Menjaga diri dari perkara yang haram dan syubhah. Sama ada sedikit atau banyak.
6. Bersahabat dengan orang -orang soleh dan baik.
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas.
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain.
10. Bermanfaat kepada orang lain.
11. Selalu ingat akan mati dan bersiap sedia menghadapinya.


Tanda-tanda Sengsara:

1. Rakus terhadap harta dunia.
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung kepada kenikmatan dunia.
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah(menceritakan cela orang lain).
4. Menganggap enteng terhadap solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk perilakunya.
7. Sombong dan tinggi hati.
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain.
9. Sedikit kasih sayang terhadap terhadap orang yang beriman.
10. Pengecut.
11. Lupa terhadap mati.



Bingkisan Nurani Ku,
-Nurkasih Atieqah-
(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

3 comments:

ariff al-baqi said...

terima kasih.. perkongsian yg bermanfaat :-)

FiQrY said...

Insya'Allah..syukran diatas peringatan..terkadang kita lalai dan leka...Semoga kita sentiasa bersama dengan orang2 yang beriman...Amin...

NuRKaSiH aTieQaH said...

en.ariff: sama2..insya Allah..

en.fiqry: ermm betul tu..manusia sering lalai dan leka..insya Allah...amin..