Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, March 3, 2011

Bingkisan Subuh


Di pagi itu,
Dengan penuh kesyukuran,
Dengan penuh keheningan,
Dengan sahutan kokokan ayam,
Dengan nikmat yang Allah masih berikan.

Aku masih boleh melihat,
Aku masih boleh mendengar,
Aku masih mampu bernafas,
Untuk mengecapi erti kehidupan.

Masih ada lagikah ruang buat ku?
Untuk bersama-sama insan tersayang,
Menunaikan solat Subuh berjemaah,
Mungkinkah ini subuh terakhir buat ku?

Ya Allah,
Andai ini Subuh yang terakhir buat ku,
Kau lindungilah aku di bawah lembayung rahmat kasih Mu,
Sesungguhnya aku insan yang lemah,
Yang tak bisa mampu berdiri tanpa Mu di sisi,
Ya Rabbul Izzati.



Bingkisan Nurani Ku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: