Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, March 13, 2011

Kehilangan

"Ya Allah, Anas purse kak Yong hilang."
"Ha' kak Yong letak dekat mana tadi?"

"Tadi letak dekat poket sweater ni."

"Ermm kalau letak kat situ memang cepat jatuh."



Mencari dan terus mencari di tempat kejadian. Menanti dan terus menanti orang yang masuk parking di tempat parking itu. Sehinggalah jam 10 malam.

Perut yang tadi berkeroncong sudah hilang ditenggelam kegusaran hati. Ayam goreng yang dibeli untuk adik-adik di rumah telah sejuk di bakul motosikal ku.


"Abang, ada nampak tak purse kakak saya jatuh dekat sini."
"Tak ada la dik."

"Maaf aunty, tumpang tanya. Ada nampak tak purse saya jatuh dekat sini."
"Maaf dik, aunty tak jumpa la. Aunty pun baru jer sampai sini."


Hermm kali ini memang air mata dah tak tertahan lagi. Satu demi satu mutiara jernih turun. Nak kongsi bersama sahabat tapi bila tengok kredit hanya tinggal seringgit lebih sahaja. Takut nanti tiada kredit untuk urusan yang lebih penting.


"Assalamualaikum. Ibu ermm purse Ayong hilang."
"Ya Allah, macam mana boleh hilang?"


Selepas solat isyak. Aku terus melakukan solat hajat. Memohon bantuan Allah. Semoga insan yang menemui purse aku itu diberi hidayah untuk memulangkan kembali purse aku itu.

Malam itu juga menanti kepulangan abah untuk membuat laporan polis. Huhu..First time masuk balai Tanjong Malim. Ayat pertama yang keluar dari mulut "Cantik balai polis dekat sini." :)

Ermm dalam jam satu pagi baru sampai rumah. Sampai rumah semua penghuni rumah dah tidur kecuali ibu ku.

Cuba memejamkan mata tapi tak berdaya. Bermacam-macam perkara bermain di minda. Andai purse itu hilang bukan dalam masa terdekat ini mungkin aku tidak sasau sebegini. Banyak perkara yang harus aku uruskan.

Fikiran jadi bertambah berat dan kosong. Rasa bukan macam diri ku sahaja yang berada di rumah ini.

Fikiran kosong.
Muka moyok.
Mulut jadi berat.
Kepala sakit.
Sering berkurung dalam bilik.
Rasa seperti dalam mimpi.


Macam-macam ada dalam minda.

Mungkinkah aku tidak dapat sambung belajar dalam masa terdekat ini.
Ya Allah dugaan apakah ini.
Aku begitu semangat untuk sambung belajar.
Form dah isi dalam online.
Slip keputusan SPM dah fotostat.
Sijil lahir dah fotostat.
Form online juga dah print.
Pengesahan kakitangan juga dah dapat.
Cuma yang tinggal salinan IC sahaja belum fotostat.
Macam mana ni.
Sedih yer.

Kad bank mungkin dapat dalam sebulan.
Macam mana nak teruskan kehidupan tanpa belanja.
Takkan nak harapkan duit abah.
Segannya.

Herm..
Apa boleh buat.
Benda dah nak jadi kan.
Kena tabah hadapi dugaan ini.
Insya Allah setiap apa yang berlaku itu Allah lebih Maha Mengetahuinya.
Insya Allah.


Tiba-tiba teringat kembali kenangan lalu.

Dulu pernah tercicir handphone di dalam bas. Alhamdulillah insan yang menemui handphone itu memulangkan kembali kepada ku.

Dan purse aku juga pernah tercicir di tangga ketika hendak naik ke pejabat. Alhamdulillah seorang insan telah menjumpainya dan memulangkan kembali kepada ku.

Dan
Mungkinkah masih lagi ada harapan untuk kali ini.
Hanya Allah sahaja yang tahu.



Purse saya yang hilang, seakan-akan serupa seperti ini. Tapi ia berwarna coklat dan krim. :(




Mengutip sisa-sisa ketabahan,
-Nurkasih Atieqah-


p/s: Mohon sahabat-sahabat doakan kesihatan saya. Dan semoga purse saya dapat dijumpai semula.

2 comments:

Atika Aula said...

sabar ye atiqah~
Allah tak akan menguji hambaNya melainkan mengikut apa yg mereka termampu.
Mungkin ini satu ujian atau mgkin jua ini satu blsn atas kelalaian sendiri.
Akak hrp awak sbr..hidup ni mmg bnyk dugaan dan rintgn.

NuRKaSiH aTieQaH said...

terima kasih kak atika aula..insya Allah setiap apa yg berlaku itu mempunyai seribu satu hikmah..insya Allah..