Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, March 2, 2011

Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Kehadapan sahabat-sahabat yang di kasihi dan di sayangi sekalian. Syukran kerana masih sudi ziarah ke blog Bingkisan Nurani Ku ini dan sudi memfolow saya. Syukran jazilan. :)

Dalam kesibukan menjalankan tugas di pejabat, saya memang tak boleh dipisahkan dengan buku. Bagi saya buku adalah nadi ku. Ermm bila membaca jer saya rasa seperti hilang tekanan yang saya alami. Insyaallah. :)

Itulah hobi saya masa lapang, selain saya suka memasak. Hehehe.. :D Ok kali ini, alhamdulillah saya dah habis khatamkan buku karya Fatimah Syarha iaitu Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul.


Alhamdulillah buku ini banyak manfaat buat saya. Andai pembaca blog sedang dan masih mencari buku-buku yang hendak dibaca. Saya sarankan sahabat-sahabat membaca buku ini.

Buku ini amat sesuai untuk semua golongan. Sama ada yang masih mencari cinta. Contohnya seperti saya dan anda semua yang masih remaja. Buku ini adalah bingkisan untuk membenihkan sebuah impian agar memelihara cinta. Ketahuilah cintailah Allah, nescaya cinta pasangan soleh pasti kau miliki. :) Insyaallah.


"Kalau suka jumpalah ibu bapa. Sayang, tiada yang berani, tanda tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."


Selain itu, penulis buku ini juga turut menggarapkan kisah dari permulaan usia setiap insan sedang mencari cinta sehinggalah kepada alam perkahwinan dan mengimpikan zuriat.

Insyaallah, dalam buku ini juga turut terselit doa-doa yang boleh kita amalkan. Antaranya doa mendapat zuriat daripada al-Quran, doa pengantin dan bermacam lagi.

Terdapat juga tips-tips dan amalan yang boleh kita contohi. Seperti amalan kewajipan bagi setiap muslim. Tips-tips dan amalan-amalan yang sangat bagus andai ingin memiliki keluarga sakinah. Insyaallah.



"Aku gembira dan amat bersyukur kerana banyak unsur didikan yang cuba diterapkan suami dalam rumah tangga kami sejak ia mula dibina. Sejak awal perkahwinan, dia sering mencari ruang dan waktu mengajak ku berhalakah bersama. Setiap kali seminggu paling kurang, kami akan duduk untuk saling memberi dan mendengar tazkirah."


Oklah setakat ini dahulu pertemuan kita dalam lapangan yang saya ada ini. Insyaallah bertemu kita di lain warkah. Insyaallah. :)



Bingkisan Cintakan Ilmu,
-Nurkasih Atieqah-
http://www.emocutez.com

5 comments:

waRDah a.k.a QiQi said...

cik Wardah dah bace buku ni jugak... best!! ^_^

NuRKaSiH aTieQaH said...

a'ah betul tu cik wardah..sangat best dan memberi byk manfaat buat kita.. :)

ShaMyra ♥ said...

betol . best sangat sangat . kalau dapat jadi macam depa tu , alhamdulillah la

Mawar MahSury ♥ 알라 무하마드 said...

Salam..
buku ni sangat best..
terharu saya baca.. :)

nurul ain said...

baru abes baca...byk info...