Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, April 1, 2011

Apa Khabar Jodoh Ku?


Apa khabar jodoh ku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mata ku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulut mu terasa menerus-menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodoh ku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu. Bukannya aku tak mahu atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi sayang. Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkan ku? Mengajak ku bertafakur dan bersujud kepada Nya?


Berat hati ini menantikan mu, gelisah pula hati ini memikirkan mu. Apa kau selalu hiasi langkah mu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukan mu sementara, untuk menghadap Nya?

Jodoh ku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawat mu dengan penuh kasih sayang.

Jodoh ku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hati mu tidak terluka kan? senyumlah kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hati mu sedang terluka, berwuduklah dan dekatlah diri kepada Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja.

Jodoh ku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepada mu. Begitu banyak pula harapan ku untuk menantikan nasihat-nasihat mu. Hati ini kosong dan hati ini tak sabar menanti kehadiran mu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihati ku.

Jodoh ku…
Adakah kau juga rindu pada ku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepada ku. Aku sedia mendengar dan begitu juga dengan keluhan mu, aku sedia mendengarnya.

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? Semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, jodoh ku.
Disetiap langkahku dan seusai solatku,
Ku bisikkan Al-Fatihah untuk mu, agar kau selalu berada dijalan Nya,
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama,
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang.

Jodohku..
Nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah diri mu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintai ku secara tulus dan mahu menerima segala kekurangan ku. Dan membenarkan ku dikala aku salah. Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu, dengan menjaga sikap mu dan tutur kata mu. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak-anak kelak. Jangan pernah merasa keseorangan kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..
Kalau siang sudah berlalu. Pejamkan mata mu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dari ku yang selalu menyertai mu.
Semoga Allah selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin.

Jodohku..
Tak terasa penat ku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduan ku kepada mu,
Ingatlah sayang,
Aku selalu ada untuk mu,
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi.

Semoga kerinduan ku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu,
Salam hormat ku dan sayang ku untuk mu.



Bingkisan Hati Ku Untuk Mu,
-Nurkasih Atieqah-

Sumber: Andhika Al-Banjari Mtp

11 comments:

blackforest manesh said...

i like!

SiTiUcU89 said...

alhamdulilah....

NuRKaSiH aTieQaH said...

zieqah: i like too.. (^_~)

cik sitiucu: :)

ainun~ said...

^_^

t-zero-peak said...

best.....

Khairul said...

Mantap & best!
Terbaeklah!

cik nurussalwa said...

as'salam,
sy terasa bagai kata hati sy terluah dlm en3 ni..
boleh sy share dgn 'jodoh' harapan saya?

NuRKaSiH aTieQaH said...

cik nurussalwa: waa'laikumsalam..saya pn sama sbb tu saya share dgn sahabat2 blog.. :) silakan cik nurussalwa kalau nak share. :)

namasaya YuYu said...

terasa dekat dihati baca yang awk post nie...nak share bleh?? tq..=)

NuRKaSiH aTieQaH said...

boleh silakan cik yuyu.. :)

Yuni Aisyah said...

I lIKE....thanx sharing this entry....(: