Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, April 15, 2011

Jika tidak meMULAkannya, Bagaimana hendak menDAPATkannya?

Jika ingin dikasihi,
Belajar mengasihi.


Jika ingin dicintai,
Belajar mencintai.


Jika inginkan pendengar yang setia pada permasalahan kita,
Belajar menjadi pendengar yang setia pada permasalahan mereka.



Jika inginkan teman yang baik,
Belajar menjadi teman yang baik.


Jika mendambakan suami yang soleh,
Belajar menjadi isteri yang solehah.


Jika hati inginkan kebahagian,
Belajar cara mendapatkannya.


Jika inginkan kejayaan,
Belajar dari kegagalan.

Hakikatnya semua yang kita inginkan tidak akan mungkin datang percuma tanpa diusahakan.

“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri”. Surah Ar-Ra’du: ayat 11.

Yang paling penting, semua yang kita lakukannya itu dhendaklah diusahakan untuk mendapat keredhaan Allah. Kerana hanya Dia sebaik-baik pemberi.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

4 comments:

blackforest manesh said...

comel ikon2 yg gerak2 tuh...

NuRKaSiH aTieQaH said...

hehehe..comel macam tuan yer blog la kot..hee~ :p

blackforest manesh said...

ececeh..btol lah tuh..cane wat ek?
kih3..

NuRKaSiH aTieQaH said...

ha' yeke..? hehehe.. :p ermm senang jer ko cari icon yg ko nak kat sini http://www.emocutez.com/..selamat mencuba.. :)