Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, April 19, 2011

Ketika Allah Memilih Mu Untuk Ku..



Ketika Allah Memilih mu Untuk ku..

Pada mu yang Allah pilihkan dalam hidup ku..Ingin ku memberi tahu pada mu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua ku yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu melimpah..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka padamu ku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidup ku..
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta pada ku..
Melimpahkan ku dengan sayang yang begitu indah..



Pada mu yang Allah pilihkan untuk ku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diri ku..
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka ketika Dia memilih mu untuk ku..
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekurangan ku dengan kesempurnaa mu..
Dan aku tahu, kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidak sempurnaan ku mampu menyempurnakan diri mu..
Kerana kelak kita akan satu, aib mu adalah aib ku, dan indah mu adalah indah ku..
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Pada mu yang Allah pilihkan untuk ku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diri ku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentuk ku menjadi wanita yang mencintai Rabb nya..
Maka ketika Dia memilih mu untuk ku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa diri mu dengan ilmu Nya.. Maka gandengkan tangan ku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah hanya pada Nya..

Pada mu yang Allah tetapkan sebagai nahkoda ku..
Ingatlah, aku adalah mahluk Nya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuat mu marah..
Maka ketahuilah, saat itu Dia menghendaki kau menasihati ku dengan hikmah,
Sungguh hati ku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskan ku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkan ku begitu saja kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mata ku dan tersenyumlah..
Tenangkan aku dengan genggaman tangan mu..
Dan nasihati aku dengan bijaksaa dan hikmah..
Nescaya kau akan menemukan ku tersungkur menangis di pangkuan mu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hati ku..

Pada mu yang Allah tetapkan sebagai atap hunian ku..
Ketahuilah ketika ijab atas nama ku telah kau lontarkan..
Maka dimata ku kau adalah yang terindah,
Kata-kata mu adalah titah untuk ku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintah mu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuat ku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Pada mu yang Allah pilih menjadi penopang hidup ku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tangan mu yg penuh berokah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hati mu yang penuh cinta, kau mampu melembutkan hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta pada mu..

Pada mu yang Allah pilih sebagai imam ku…
Ku memohon pada mu, redhailah pada ku,
Sungguh redha mu adalah redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalan ku ke Surga Nya..
Kerana bagi ku kau adalah kunci Surga ku..



-----@***@-----



Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)






Bingkisan Nuraniku Untukmu,
-Nurkasih Atieqah-

Sumbar: Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^

2 comments:

nelly said...

so sweet !
semua manusia tak sempurna tapi cuba jadi yang terbaik ^^

NuRKaSiH aTieQaH said...

betul betul betul..semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi yg terbaik kalau nak dapat yg terbaik..insya Allah.. :)