Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, April 7, 2011

Sahabat Ku Sayang

Sahabat ku sayang,

Di saat warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang jelas bukan kerana ingin kau musnah. Tapi aku bimbang hati mu akan hancur kerana sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisi mu menghalangi. Kerana itu terselit rasa ragu, apakah aku yang bersalah?


Sahabat ku sayang,

Warkah ini ku hadirkan walau tidak dilayang pada mu secara langsung tapi ku sangat mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau hancur. Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan kehadiran mu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya diri mu dalam episod kehidupan ku sebagai insan yang akan menolak ku ke syurga. Bukan insan yang akan aku memusuhi mu diakhirat sana kerana menjaga hati mu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku rasakan ini salah?


Sahabat ku sayang,

Ku beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang kita rasakan ini sementara. Bahkan ia cuma mahu menipu kita untuk terus lalai dari misi sebenar hadirnya kita di dunia yang penuh dengan pembohongan ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabat ku sayang. Cuma itu sahabat ku.


Sahabat ku sayang,

Maafkan aku andai kehadiran ku dalam hidup mu membuatkan engkau menyesal. Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargai mu suatu ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah semuanya. Walau janji mu antara aku dan dia keduanya penting namun hati kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi cuma perasaan yang kau serahkan padanya. Sedangkan dia masih tidak halal buat mu. Sungguh hati ku merasa cemburu. Aku ingin hadirnya dia dalam hidup mu mendapat redha dari Allah yang menciptakan kita.


Sahabat ku sayang,

Aku tidak membenci dirinya. Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau tidak untuk mu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakan mu walau engkau begitu merasakan hati mu dekat padanya dan insan tersayang disekeliling mu menyenangi dia. Namun tidak bagi ku selagi tiada akad yang terlafaz darinya.


Sahabat ku sayang,

Halalkan ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang ku rasakan ini. Kerana aku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang kekal dunia akhirat dan kehidupan yang dilimpahkan keberkatan pada perhubungan kalian berdua. Insya Allah.


Salam sayang dari sahabat mu,
-Nurkasih Atieqah-

3 comments:

sahabatmu said...

salam..

subhanallah..jzkk ^_^ salam ukhwah dari ana 'sahabatmu'

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikumsalam...salam ukhwah juga.. :)

Brilliant Marjan said...

terima kasih :)