Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, May 6, 2011

Bingkisan Nuraniku Buat Mu


Andai ada yang ingin memiliki cinta ku,
Pergilah berjumpa ibu dan abah ku,
Dari situ barulah ku tahu,
Kesungguhan diri mu untuk memiliki diri ku,
Maafkan diriku,
Bukannya aku rasa diriku ini terlalu bagus,
Tetapi untuk menjaga pergaulan dan batasan antara kita,
Aku mahukan seorang insan yang benar-benar ingin menyunting ku,
Menyunting ku untuk menjadi suri dalam hidupnya,
Untuk menjadi ummi kepada anak-anak kami,
Bukan hanya sekadar mainan cinta duniawi sahaja,
Bukan hanya sekadar cinta sebagai pasangan di dunia,
Tetapi aku mahukan cinta yang halal dunia akhirat,
Aku mahukan yang terbaik untuk kehidupan berkeluarga ku,
Jadi aku juga akan berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Insya Allah andai cinta mu benar kerana Allah,
Pasti kita akan bersatu jua,
Ketahuilah janji Allah itu pasti,
Semoga kita diberkati oleh Allah,
Andai itu yang telah ditkdirkan,
Insya Allah kita pasti bertemu di hari yang penuh keberkatan itu.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-
06052011/1750

No comments: