Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, May 10, 2011

Seindah Warna Pelangi

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sahabat-sahabat semua apa khabar? Saya harap anda semua sihat disamping insan-insan tersayang. Rasa seperti macam dah lama sangat tak update blog. Tiada hasil karya sendiri dan tulisan tangan sendiri. Baiklah hari ini saya nak cerita serba sedikit cerita seindah warna pelangi tentang kehidupan saya baru-baru ini.

Pada Sabtu baru-baru ini, bersamaan dengan 07-05-2011. Pejabat saya telah mengadakan pertandingan Go Bowling di Endah Parade, Sri Petaling. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dan matlamat program juga tercapai iaitu dapat menghilangkan tension kerja dan dapat mengeratkan ukhwah antara kakitangan dan bos baru iaitu Tan Sri Nordin Kardi.

Ini first time saya main bowling. hehehe.. Hanya dapat dua kali strike atas tunjuk ajar Tan Sri dan akak-akak ofis. Hehehe tapi tetap dapat nombor last sebab pusingan akhir saya memang sangat-sangat dah tak larat nak baling bola tu. Jadi markah pusingan akhir adalah sangat-sangat teruk. Tapi tak apalah, inikan kali pertama saya main. Insya Allah lain kali akan memperbaiki cara main. Hee~~ Walaupun habis satu badan sakit tapi saya tetap enjoy. :)


Hari Isnin 09-05-2011 dah mula kerja kembali seperti biasa. Dalam memikirkan tawaran Tan Sri untuk bantu saya terus ambil degree. Saya cuba untuk semak keputusan tawaran e-pjj ke uitm dan alhamdulillah tidak mengecewakan. Saya telah ditawarkan dalam program Diploma Pengurusan Pejabat di uitm Shah Alam. Rasa sangat-sangat gembira. Sebab atas usaha sendiri nak sambung belajar ini.

Dan selepas difikir-fikirkan kembali. Akhirnya saya buat keputusan untuk sambung diploma dulu. Tak jadi nak sambung terus degree. Maafkan saya Tan Sri terpaksa tolak tawaran Tan Sri. Lagipun hati saya berat katakan untuk sambung di uitm itu. Family semua pun setuju mereka sokong apa yang saya buat, alhamdulillah. :)

"Gemuruh Jiwa..Semangat Membara" Itulah yang boleh saya katakan buat masa sekarang ni. Insya Allah kalau tiada apa-apa aral melintang saya akan mendaftar pada 29-05-2011 ini. Insya Allah. Mohon sahabat-sahabat doakan yang terbaik buat saya. Moga saya boleh menyeimbangkan antara kerja dan belajar. Saya nak jadi seperti seorang sahabat saya setiap sem dapat anugerah dekan. Insya Allah. Atiqah aja aja fighting!! dont give up ok! (^_~)


Cerita yang seindah warna pelangi yang buat ku tersenyum lagi. Ini lagi terharu dan membuat ku tersenyum sepanjang hari kot. Baru-baru ini, alhamdulillah seorang kakak ofis telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 26-04-2011 jam 10:43am seberat 2.93kg. Alhamdulillah. Hari ini baru berkesempatan menelefon akak tu untuk tanya khabar. Dan bila tanya nama anaknya, dia kata,


Iqa mesti bangga bila akak bagi tahu nanti
.

Ha' kenapa pulak? Nama anak kak mira Nurkasih k? (sebab sebelum ini suami kak mira ada cakap nak bagi nama Nurkasih.)

Tak bukan Nur Kasih. Tapi Nur Atiqah.


Puas saya gelak sebab sangat-sangat terharu. Nama anak sulung kak mira dan suami sama sebijik macam nama ku. Cuma tambah Hanis sahaja dibelakangnya. Jadi nama baby baru tu Nur Atiqah Hanis Binti Mohd Azri. Alla la la comei yer nama dia. Ahaks3.. :p

Inilah baby Nur Atiqah Hanis Bt Azri. Sebijik seperti ayahnya. :)

Terharu+gembira+bangga rasanya sebab nama baby comel ni sama dengan saya. Ahak3. :p Semoga baby Nur Atiqah Hanis menjadi anak yang solehah. Semoga menjadi insan yang baik seindah nama Nur Atiqah Hanis yang bermaksud cahaya yang mulia pilihan berani. Jangan nakal-nakal tau. Jadi baik macam aunty iqa ni yer. (hehehe..perasan jap :p)

Oklah saya rasa setakat ini dahulu cerita seindah warna pelangi saya seketika ini. Insya Allah kalau ada masa saya akan update lagi blog ini. Semoga anda semua ceria-ceria selalu dan semoga anda semua sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insya Allah.


Salam sayang,
-Nurkasih Atieqah-

2 comments:

syauqah wardah said...

salam
tiqah dpt sambung uitm ea? ble start? kat shah alam ke?

baby nuratiqah hanis tu comelllll la! :D

NuRKaSiH aTieQaH said...

waa'laikumsalam..alhamdulillah..a'ah dpt sambung..daftar 29hb ni..start yer xtau ag la..sbb kelas 2 kali sebulan jer..

hehehe..bese la..tgk la nama dia pun nur atiqah..mesti sama comei ngan aunty die ni..hehehe.. :p