Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, May 26, 2011

Kehidupan ini...

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saya mendoakan semoga sahabat saya semuanya sentiasa berada di bawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insya Allah. Alhamdulillah saya masih sihat di sini dan agak sibuk dalam menguruskan persiapan untuk Seminar On The Architectures Of University Management yang akan dijalankan di Sabah Julai ini. Insya Allah kalau tiada apa-apa aral.

Dalam kesibukan menguruskan persiapan seminar ini, insya Allah 29hb Mei 2011 saya akan mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam. Rasa debaran pun ada. Kalau sahabat-sahabat nak tahu, melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti adalah impian saya sejak tingkatan 3 lagi. Saya sering terbayangkan bagaimana duduk di dewan kuliah bersama sahabat-sahabat yang lain. Belajar bersama-sama dalam mengejar cita-cita. Saya masih ingat lagi, masa sekolah dulu saya sering tulis SEE YOU D IPT @ CUDIPT di setiap apa yang saya buat. Dan akhirnya impian saya itu, insya Allah akan tercapai walaupun saya bukan mengambil sepenuh masa.


Bekerja sambil belajar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Kerana kita perlu mengawal semuanya agar seimbang. Saya di sini mohon doa dari sahabat-sahabat. Doakan saya dapat menyeimbangkan antara belajar dan kerja. Doakan saya tabah dalam menghadapi semua ini yer sahabat-sahabat. Saya takut saya kecundang di tengah jalan. Oleh itu, saya harap sangat sokongan dan dorongan dari sahabat-sahabat. Syukran yer. (^_~)

Walaupun dalam kesibukan semua ini, saya tiba-tiba masih teringat kepada seorang sahabat. Walaupun berjauhan, diri mu sentiasa di ingatan. Memang lumrah kejadian manusia itu. Ingin dicintai dan disayangi. Saya juga tidak terlepas dari semua itu. Tapi saya mahu cinta yang halal di mata dunia dan di mata akhirat. Biarlah cinta kepada manusia yang akan menjadi pasangan kita betul-betul hadir jika telah tiba masanya.


Cinta itu luas. Kalau kita letakkannya ditempat yang betul, kita akan rasa manisnya. Seperti sabda Rasulullah yang bermaksud, 'Seseorang itu akan rasa manisnya iman apabila terdapat tiga perkara dalam dirinya. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul melebihi dari segala cintanya kepada orang lain. Kedua cinta kepada orang kerana Allah bukan kerana dunia semata-mata. Dan ketiga apabila seseorg itu benci pada kekufuran setelah Allah selamatkannya daripada kekufuran seperti mana bencinya itu dicampakkan ke dalam api.' Riwayat Muslim.

Baiklah sahabat-sahabat yang di sayangi semua, saya rasa setakat ini dahulu perkongsian saya untuk hari ini. Insya Allah jika Allah izinkan saya untuk berkarya atau berkongsi sesuatu, saya akan mengupdate lagi blog kesayangan saya ini. Mohon maaf andai ada hati yang terguris sepanjang bicara tinta saya ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan semua yang buruk itu datang dari diri saya ini. Waallahua'lam.




UNICUDIPT,
-Nurkasih Atieqah-

2 comments:

Aiman Afnan Bin Mohd Asri said...

Selamat Menempuh Alam Universiti ^^ Hehe :)

NuRKaSiH aTieQaH said...

Terima kasih dik..hee~~ doakan akak yer.. :)