Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, May 4, 2011

Perjanjian Malam Pertama


Sayang ini malam pertama kita. Abang tidak mengharapkan apa-apa. Abang tidak mahu malam pertama kita seperti pengantin-pengantin lain tapi malam pertama kita abang ingin kita membuat perjanjian...perjanjian sehidup semati..

Sayang, perkahwinan kita kerana Dia. Malam ini abang nak kita duduk berbincang.

Perjanjian demi perjanjian termatri.

Sayang, abang nak kita layari rumah tangga kita berlandaskan agama.

Seperti yang di syariatkan, abang tidak mahu isteri abang keluar rumah tanpa kebenaran abang melainkan betul-betul ada keperluan, “Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi).

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya." (Di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam). Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Didalam hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,"Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim).

''Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu (Al-Ahzab : 33).

Selain itu abang tidak mahu sayang berhias untuk orang lain, biarlah kecantikan itu hanya untuk abang. Jadi abang nak isteri abang patuh. Abang nak sayang menjaga kehormatan abang, aib abang sayang nak abang pelihara, rahsia rumah tangga abang nak sayang jaga, abang tidak mahu rahsia rumah tangga kita diketahui oleh sesiapa walaupun ibubapa kita. Kalau boleh abang nak kita selesaikan berdua. Jika kita tidak mampu selesaikan barulah kita rujuk ibubapa kita

Sang isteri berkata

Insya-Allah abang, sayang akan berusaha menjaga rumahtangga kita. Dan sayang akan tunaikan apa yang abang inginkan. Sayang akan turuti apa yang Allah perintahkan.

Sayang juga ada harapan, sebenarnya sayang mahu abang bimbing sayang jadi wanita yang solehah. Sayang nak seperti Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah". Sayang ni pemilik rusuk abang seperti mana Hawa diciptakan dari rusuk Adam, sayang wanita yang lemah jadi sayang perlukan perlindungan daripada abang.

Abang, sayang redha kalau abang nak buat apa pun kepada sayang asalkan sayang akan kekal taat kepada abang. Nasihatilah sayang kalau sayang alpa. Pukullah sayang kalau sayang melampaui batas.

Abang, abang tahu kan tentang zihar? Kalau abang nak tahu ramai Adam tak tahu tentang zihar. Sayang tidak mahu abang lakukan zihar.

Zihar pada zaman Jahiliyyah adalah satu bentuk cerai atau talak. Pada zaman Islam. Zihar hanya berlaku apabila Aus Bin Somit menziharkan isterinya iaitu Khawlah. Lalu Khawlah pun berjumpa nabi saw untuk bertanyakan tentang perkara ini. Apakah jatuh talak atau bagaimana? Kerana ia baru pertama kali berlaku dalam zaman Islam. Nabi menunggu wahyu dari Allah, lalu turun jawapannya dalam surah al-Mujadalah ayat 1-4. Maksud firman Allah Surah al-Mujadalah:

1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

2. Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

3. Dan orang-orang Yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.

4. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Abang, sayang nak sangat suami sayang berjuang, berjihad di jalan Allah dan sayang nak bantu abang dalam perjuangan. Sayang nak syahid bersama abang. Sayang nak menikmati keindahan syurga bersama-sama abang, sayang nak jadi bidadari abang di sana nanti.”



Bingkisanku Untukmu,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: Faris Ibn Haris

No comments: