Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, June 28, 2011

Hembusan Bayu


Bagaikan pasir di pantai
Dipijak manusia meninggalkan kesan
Terkena kemasinan hilang seketika
Dan dipijak kembali terkesan semula
Pohon juga tidak mahu kehilangan daunnya
Walau sehelai ia berguguran
Andai angin yang menderu
Membawa dedaun itu pergi berlalu

Hembusan bayu menghembus pantai
Indah sungguh kita rasakan
Andai taufan ingin bertamu
Mungkinkah kita tahu?

Umpama burung di dalam sangkar
Nampaknya indah bagi kita
Tapi mungkin dirinya terseksa
Menahan kebebasan untuk bertebangan

Luas tasik kita rasakan
Indah terletak bunga teratai
Di dalamnya tidak kita ketahui
Mungkinkah ada ikan yang menanti?



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: