Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, June 10, 2011

♥ Selamat Hari Lahir Sayang ♥

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Alhamdulillah semalam 09 Jun saya sudah genap 21 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi usia saya untuk mengecapi nikmat-nikmat yang Allah kurniakan di dunia ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi wish befday saya, sama ada di handphone mahupun facebook. Dan mereka juga turut mendokan yang terbaik buat saya. Syukran jazilan yer sahabat-sahabat. :) Semoga budi baik sahabat-sahabat diberkati oleh Allah. Insya Allah. Amin.


Bila usia dah meningkat ini, ramai juga yang menyakat. Bila nak kahwin? Bila kami nak dapat abang ipar. Adeyh soalan yang biasa kita dengarkan bila usia dah menjangkau 20 an ni. :) Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Manusia memang suka berguraukan. :)


Bagi saya usia yang dah berginjak ke angka 21 tu bukan usia untuk fikirkan tentang perkahwinan secara serius. Tapi yang penting kita perlu fikirkan pelajaran kita, tentang khidmat kita kepada ibu bapa, kesolehan kita, kasih sayang kita kepada ibu bapa dan adik-adik kita dan yang paling penting bagaimana iman kita kepada Allah yang mencipta kita sehingga ke hari ini. Adakah kita telah menyanyangi Nya melebihi kita menyayangi orang lain?

Itulah yang aku fikirkan.

Tapi tak dinafikan dalam masa yang sama ada tercuit juga pemikiran saya tentang perkahwinan. Hihihi!! (saya pun manusia biasa juga) :p

Bila fikir pasal kahwin itu, tidaklah saya fikirkan nak berumah tangga sekarang. Saya hanya berfikir,

Andai aku inginkan seorang suami yang soleh, aku perlu jadi solehah dahulu.
Andai aku inginkan seorang suami yang baik, aku perlu jadi baik dahulu.
Andai aku inginkan seorang suami yang bertanggungjawab, aku perlulah jadi seorang yang bertanggungjawab dahulu.
Andai aku inginkan seorang suami yang berakhlak mulia, aku perlu menjadi seorang yang beraklah dahulu.
Andai aku ingin seorang suami yang sejuk mata memandang, aku perlu menjadi seorang yang sejuk mata memandang dahulu.
Andai aku inginkan seorang suami yang romantik, aku perlu jadi romantik dulu.

Begitulah yang saya fikirkan. Membuat persedian untuk mendapatkan yang terbaik. Insya Allah.

Ada seorang sahabat bertanya, "Kalau ada orang masuk meminang, awak terus setuju k?". Saya kata "Andai saya dah bersedia, insya Allah saya akan menerima dia dengan seadanya. Tapi sebelum tu perlu melihat latar belakang dia juga. Maksud saya bukan latar belakang dia kaya k tidak itu tak penting, tapi yang pernting iman dia sebab suami akan menjadi imam kita kan."

Begitulah kehidupan pasti tak terlepas dari cinta dan kasih sayang. Mahu dicintai dan mencintai adalah anugerah Allah buat hambanya. Ketahuilah, cintakan bunga, bunga kan layu. Cintakan manusia, manusia kan pergi. Dan CINTAilah Allah pasti akan kekal abadi selamanya. Andai cinta kita berlandaskan CINTA Nya pasti cinta kita itu akan menjadi CINTA yang akan diredhai dan mendapat CINTA yang akan bertemu disyurga. Insya Allah. Jadi kita perlulah memilih antara cinta atau CINTA yang perlu diutamakan.

Hari ini juga befday cik Haziqah Abd Latiff. Seorang sahabat yang paling saya sayang dan dah anggap seperti kembar saya juga. Befday kami dekat-dekat, saya 9 Jun dan Haziqah 10 Jun. Muka pun dekat-dekat sama, ketinggian pun dekat-dekat sama, nama pun dekat-dekat sama, warna kegemaran pun sama dan yang paling best masalah kami pun hampir sama, dan berlaku pada masa dan waktunya yang hampir sama. Hehehe.. Banyak betul persamaan kamikan.

Selamat hari lahir my dear zieqah. Semoga ukhwah kita kekal hingga ke akhir hayat. Semoga apa yang zieqah impikan tercapai. Dan semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insya Allah. Sayang zieqah sokmo.

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com






Salam Sayang ♥,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: