Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, June 16, 2011

Tolong Beritahu Si Dia



Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintai ku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingati ku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakan ku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaan ku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesan ku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diri ku suatu hari nanti...

Ya Allah, jika perkara ini baik bagi ku dalam urusan agama ku dan penghidupan ku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untuk ku dan mudahkan dia bagi ku...serta berkatilah bagi ku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagi ku dalam agama ku dan penghidupan ku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagi ku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagi ku dimana saja adanya, lalu jadikan aku meredhainya...Amin~



Bingkisan Hatiku Untukmu,
-Nurkasih Atieqah-

3 comments:

Wyna Nubies said...

As Salam,

insya-allah.amin :)

indahnya bahasa.

::tieQa aziZoL:: said...

indahnya bahasa. .
mnta izin tuk copy ek. .hee
:)

NuRKaSiH aTieQaH said...

silakan cik atieqah azizol..saling kongsi mengongsi.. :)