Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, June 17, 2011

Jagalah Maruah Mu Wahai Wanita

Wanita
Diri mu tercipta begitu indah
Lalu jangan kau cemarkan ia
Jagalah maruah mu dengan sebaik-baiknya
Janganlah kau memperlihatkan mahkota mu yang berharga itu
Simpan dan jagalah ia hanya untuk insan yang berhak sahaja
Tutupkanlah susuk tubuh badan mu
Dengan sebaik-baik pakaian
Bukannya dengan membaluti tubuh mu
Kerana dalam Islam menyuruhmu menutup bukan membaluti
Jadilah sebaik-baik muslimah
Jagalah akhlak mu supaya kita dipandang mulia



Dunia sekarang dunia akhir zaman
Saya menjadi takut dengan keberanian manusia-manusia sekarang
Mereka berani yang tidak bertempat
Berani yang terlalu berani yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal
Tahukah anda apa yang saya perkatakan?
Manusia sekarang sangat berani
Berani untuk memakai legging
Berani memakai singlet
Berani memakai baju yang terlalu sendat
Berani memakai seluar ketat
Berani memakai baju pendek
Berani memakai seluar pendek
Berani memakai baju ala-ala berkemban
Apakah pandangan anda dengan situasi ini?

Kadang-kadang tudung itu hanya sebagai perhiasan
Pakai tudung tapi nampak dada
Pakai tudung tapi nampak rambut
Pakai tudung tapi baju ketat
Pakai tudung tapi baju pendek
Bila duduk nampak semuanya
Apakah semua ini?

Seringkali kita dengar
Orang menyalahkan lelaki atas kes-kes rogol dan gangguan seksual yang lain
Adakah anda fikir ini semua salah lelaki
Kita sebagai wanita juga perlu sedar
Bahawa cara pemakaian kita itu yang membuatkan
Lelaki akan ada nafsu melihat kita tanpa sedar
Bukankah begitu sahabat-sahabat ku?



Renung-renungkanlah sahabat-sahabat yang ku sayangi. Peliharalah aurat mu dan jagalah maruah mu dengan sebaik-baiknya. Moga kita semua diredhai Allah.



Bingkisan Nuraniku,
-NurkasihAtieqah-

No comments: