Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, July 21, 2011

10 Hari Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Khaifahalukum ya sohabati? Hehehe. Cakap arab sikit. :) Semoga anda semua sihat di samping insan-insan tersayang.

Lagi 10 hari? Apa itu? Anda semua tau tak? Ha' bukan lagi 10 hari saya nak tunang or nikah k yer. Hehehe.. :p Tapi lagi 10 hari kita akan menyambut Ramadhan bulan yang penuh barakah. Rasa tak sabar dah nak sambut bulan yang penuh kemuliaan ini.


Ya Allah, Kau pertemukanlah kami semua dengan bulan Ramdhan. Panjangkanlah umur kami supaya kami dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini. Mungkin tahun depan belum tentu lagi kami akan bertemu dengan Ramadhan. Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan kepada kami supaya kami dapat memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengutip sebanyak yang mungkin pahala dan ganjaran di bulan Ramadhan ini. Kau permudahkanlah segala urusan kami ya Allah.


Sahabat-sahabat yang saya kasihi semua. Adakah anda semua dah mempersiapkan diri kita untuk menyambut Ramadhan? Sudahkan kita bersedia sahabat-sahabat? Kalau dah bersedia alhamdulillah bagus. Kalau yang belum bersedia, bersedialah kerana bukan mudah untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh dengan kerahmatan dan mempunyai seribu satu ganjaran yang dikurniakan Allah buat hamba Nya.

Saya rasa tak sabar sangat nak bertemu dengan Ramadhan ni. Betul-betul tak sabar. Rindu sangat nak sambut Ramadhan. Saya bertekad nak gandakan amalan saya. Insya Allah. Jom sahabat-sahabat kita gandakan amalan kita. :)


Jom layan lagu dari Hijjaz supaya dapat feel lebih sikit. Hihi.. :p
Terimalah Rahmat Ramadhan.
Semoga sama-sama kita hayati.





Salam Ramadhan,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: