Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, July 4, 2011

Hampir Putus Asa


Assignment assignment assignment. Lepas itu, dengan kerja di pejabat lagi. Arghh banyaknya. Diri ini hampir putus asa dibuatnya. Pagi itu, aku menelefon seorang sahabat untuk meluahkan apa yang terpendam. Sudah ada tangisan di hujung talian.


"Tiqah, janganlah macam tu. Biasalah orang belajar, mesti ada tekanan. Nanti ko mesti teringat balik saat nak buat assignment. Ko boleh punya. Aku percaya. Janganlah macam ni."


Selepas itu, nombor seorang lagi sahabat iaitu Zalikha untuk minta sokongan. Dan akhirnya nombor didail dan tesambunglah perbualan antara kami.


"Tiqah jangan mudah give up tau. Tak apa first time memang susah sikit nak buat assignment. Aku yang dah nak masuk sem 3 ni sometime terkontang kanting nak buat assignment. Kena marah dengan lecture pun pernah. Kena reject lagi la. Sampai nangis-nangis pun ada. Tak tidur 3/4 hari pun pernah. Memang kadang-kadang rasa fedup. Rasa nak berhenti belajar pun ada. Tapi bila fikir-fikirkan balik Allah dah bagi aku peluang nak belajar. Kenapa aku nak sia-siakannya. Tu yang aku rasa aku kena usaha."


Alhamdulillah selepas sahaja menelefon dua orang sahabat. Aku mendapat semangat kembali. Dah tak nangis lagi dah. Pandang ke hadapan dan terus membuat assignment dengan bantu Zalikha. Walaupun hanya di FB msg kami berinteraksi.

Hingga jam 8 malam, barulah aku dapat siapkan assignment Foundation Of Information Studies ku. Alhamdulillah, sempat juga siapakan. Fuh leganya.

Rasa sangat-sangat lega apabila assignment dah siap. Tak tahu nak kata mcam mana perasaan tu. Mungkin macam dalam cerita P.Ramlee "Dunia ini bagai ana yang punya". Hehehe.

Moga hari-hari yang datang akan ku lalui dengan lebih tabah. Mohon doa dari sahabat-sahabat di luar sana juga. Doakan saya supaya dapat menghabiskan belajar ini dengan sebaik-baiknya.


"Insya Allah, anugerah dekan Tiqah. Tak kan cabaran baru sikit dah nak putus asa.
Kata nak dapat anugerah dekan. Kalau cepat putus asa macam mana nak dapat.
Baru sem satu Tiqah. Jangan cepat mengalah."


Sekalung penghargaan saya tujukan buat sahabat saya saudari Siti Zalikha binti Mohd Firdaus dan juga saudari Haziqah binti Abd Latif. Syukran bagi semangat dan membantu saya. :)

Curi-curi makan ikan,
Terima kasih saya ucapkan.

Dua tiga kucing berlari,
Jasa saudari takkan ku lupai.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

1 comment:

blackforest manesh said...

kene mrh pon penah..kene reject dpn2 pon penah..hua3..teringatlah..