Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, July 12, 2011

KOSONG


Kosong. Itulah yang ku rasakan sekarang. Tak tahu kenapa. Tak tahu mengapa. Aduhai diri mengapa begini jadinya. Nak study tak masuk. Nak buat latihan, otak seakan-akan membeku untuk berfikir. Mengapa jadi begini wahai diri. Why? Why Why?

Pagi pergi ofis. Buat kerja macam biasa juga. Tapi seakan-akan tiada perasaan. Hanya kosong. Jiwa ku kosong. Minda ku tidak fokus. Badan sering rasa lemah. Otak dan badan juga sentiasa penat. Apa yang ku fikirkan ini pun, aku tidak pasti sehingga boleh jadi begini.


Balik kerja. Badan terasa sangat-sangatlah letih. Kadang-kadang letak sahaja kepala terus terlelap. Bila malam nak study, tapi tidak terstudy-study juga. Apa yang dibuat pun tidak pasti. Jam 10 sudah terasa sangat mengantuk.

Ahad ini ada seminar. Dua subjek ada test pula. Apa yang telah anda baca wahai 'Nur Atiqah Salim'? Tiada apa-apakan? Tiada satu pun yang anda baca kan? Tiada satu pun nota yang anda boleh generate kembali kan?

Kerja subjek BEL101 dah siap? Belum lagi kan? Baru buat sikit juga. Sebab otak tak boleh nak fikir dan generate isi. Allah, susahnya macam ini.

Sampai bila nak terus begini?




perantau sepi,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: