Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, July 19, 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Anda semua apa khabar? Saya harap anda semua sentiasa berada dibawah lembayung rahmat kasih Illahi. I steal a little time to update my beloved blog. Hehehe. Maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update.

Alhamdulillah baru-baru ni, saya telah mengikuti seminar 3 (ataupun kelas yang ke 3). Masa seminar ini ada test tapi saya tak tahulah macam mana resultnya. Almaklumla tak baca buku sampai habis. hehehe. :p Nasib baik apa yang saya dah hafal ada masuk. Boleh jawab la sikit-sikit. Next seminar pun ada test juga. Aiyo banyak banyak nak kena baca ni. Kerja pun dah banyak.

Balik seminar, malam tu layan Nur Kasih The Movie. Ehem ehem best sangat. Cinta Adam dan Nur yang tak pernah pudar walaupun banyak rintangan yang dihadapi. Mereka masih setia di sisi dan sanggup melakukan apa sahaja demi pasangannya.


Kalaulah dapat suami macam itu kan best. Romantik, baik hati, bertanggungjawab, kacak. Hehehe.. Dan yang paling terharu dalam movie ini, bila Adam sanggup mencari cincin tunang Nur yang hilang semasa kemalangan keretapi itu. So sweet la bagi saya.

Ok la sahabat-sahabat, semoga anda semua succes dalam apa jua yang anda ceburi. Doakan saya juga. Syukran semua. Moga bertemu di lain warkah.



Salam sayang,
-Nurkasih Atieqah-

nota : Detik waktu dan suratan. Siapa tahu ketentuan. Ku mencari cahayanya. Dalam bayang kegelapan. Nur kasih.

p/s: rasa macam dalam hati ada taman jer. :p

No comments: