Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, July 25, 2011

Sibuk.

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.



Ambil masa sedikit sebelum mula study and finish my assignment. huhuhu. Petang tadi, tengah sibuk mencari alamat dan membuat surat untuk sponser program persidangan jabatan, satu emel masuk menandakan ada seorang sahabat post di wall fb saya. Buka-buka sahaja my fb wall, ya Allah dia kata next seminar Ahad ini. Kalau ikutkan jadual Ahad depan 7 Ogos. Habislah saya, Assignment IMD 101 kene submit, IMD ada test essay and CTU ada test. Semuanya saya tak sentuh lagi disebabkan kesibukan yang melanda diri.

Ya Allah hampir terberhenti denyutan jantung apabila membaca post itu. Dah tak boleh buat kerja seketika memikirkan hal itu. Kebetulan ada tetamu bos pula datang kene tolong setiausaha buat air pula. Adeyh, haruu betul hidup hari ini. hermm. (--__--)


Baru kejap tadi, call coordinator program tanya kesahihan berita itu. Alhamdulillah, sahabat-sahabat saya tersalah faham msg yang diberi. Syukur sangat-sangat. :) Masih ada waktu untuk study. huhu. Doakan saya yer sahabat-sahabat semua.

Kalau betul la next seminar Ahad ni. Tak tahu nak kata apa dah. Rasa macam nak berhenti study jer macam ni. Kerja dekat ofis bertimbun. Lepas satu satu program yang pengarah aturkan. seminar la, persidangan la, majlis berbuka puasa la. Aduhai poneng poneng macam ni.

Bila fikir-fikirkan balik itulah yang perlu dibayar bila kerja sambil study ni. Banyak dugaan yang perlu dihadapinya. Kena bahagi masa sebaik-baiknya. Doakan saya mampu melakukannya. Amin ya Allah. Kalau orang lain boleh buat kenapa tidak saya. :)

Exam paper sebelum raya. Hehehe.. Tak tahu macam mana nanti. Dengan kerja yang makin menggunung, belajar lagi. "Atiqah, awak kene kuat". Program di tempat kerja yang semakin dekat. Hahaha. Macam-macam la. Haaa semput.


Moga Allah sentiasa bersama ku. Insya Allah.
Allah always beside you when you put Allah into your heart. (^_~)



Salam workaholic,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: