Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, August 14, 2011

Kasih dan Sayang ku


Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kita halang dia. Andai sudah tersurat dia milik kita, suatu masa nanti dia pasti balik pada kita walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa. Dan andai kita sayangkan sesuatu benda itu, jangan kita genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya akan pecah di dalam genggaman kita sendiri.


Andai dia terulis di Luh Mahfuz tercipta untuk diri mu, pasti akan kembli di sisi mu. Jangan berharap pada yang belum pasti, jangan bazirkan perasaan pada yang belum sah milik mu. Jodoh itu milik Allah!

Saya menunggu suami bukan pakwe bukan boyfriend bukan kekasih bukan gewe bukan pa​car. Saya simpan perasaan ini hanya untuk isteri yang saya sendiri tidak tahu siapa.

Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi. Mohon maaf kerana tiada tempat mu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi.

Tawanlah hati ku dengan keikhlasan, kejujuran, dan janji ikat setia dalam akad yang sah.



Salam Kerinduan,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: