Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, August 21, 2011

Pemergian Puan Siti Mariam Abd Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Firstly, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat pensyarah saya, Puan Siti Mariam Abd Aziz pensyarah Consolidating Languange Skill di kelas eIMD1B yang telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lama. Beliau merupakan pensyarah di UiTM Shah Alam.


Saya dan sahabat-sahabat di kelas eIMD1B pun baru tahu hari ini. Beliau meninggal dunia pada hari khamis 18 August 2011 bersamaan dengan 18 Ramadhan petang dan turut mengikut jejak beliau adalah anak didalam kandungan beliau yang telah berusia dalam 34 minggu. Menurut sumber lagi, beliau meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas berbuka puasa.


Kali terakhir saya jumpa dengan allahyarham pada 07 August 2011 iaitu pada seminar yang ke 4. Pada masa tu, kami semua ada test speaking. Allahyarham ada pesan, kami semua kena buat test speaking tu hari itu juga sebab allahyarham takut dia due bersalin. Dan kami semua tak sempat nak buat test speaking. Alhamdulillah kami semua telah selesai test speaking. Allahyarham juga pesan, next seminar(hari ini lah) kami ada test grammar.

Pagi tadi, kami semua tunggu Allahyarham. Rasa pelik juga sampai jam 9.00 pagi madam masih belum muncul. Kami semua menyangka madam dah bersalin. Sehinggalah jam 2 petang. Di waktu kelas yang ke 3, kami diberitahu oleh seorang lecture.

"Assalamualaikum. Maaf, saya mengganggu kelas anda. Ini kelas madam Siti Mariam k? Erm madam Siti mariam telah meninggal dunia hari khamis lepas. Maaf sebab tak ada orang bagitahu. Koordinator pun lupa nak bagi tahu."

Innalillahiwainnaillahirajiun.

Pada masa itu, kami semua terdiam. Ada yang meleleh air mata dan ada yang terkedu. Hanya zikir buat Allahyarham Puan Siti Mariam Abd Aziz di bibir.

Menurut kaca mata saya, Allahyarham seorang yang sangat baik dan sentiasa tersenyum. Beliau sering membantu kami semua dalam memahami subjek English. Selagi kami tak faham beliau akan terangkan. Beliau juga sering mengingatkan kami kepada Allah. Beliau sering bagitahu, sentiasa ingat Allah, insya Allah Dia akan bantu kita.

Dan perkataan Allahyarham yang saya tak akan lupakan pada masa mula-mula saya masuk kelas Allahyarham,

"Allah is there to help you."

Ya Allah, masih terasa akan kehilangan Allahyarham. Masih macam tak percaya. Patutlah last kelas hari itu, Allahyarham ada minta maaf dan wish Selamat Hari Raya. Allahyarham kata takut tak sempat nak jumpa dia dah due dan mungkin ini kali terakhir Allahyarham akan menjadi lecture pjj sebab Allahyarham dah tak larat. Dan kami yang perempuan sempat salam dengan Allahyarham.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa guruku ini. Kau tempatkanlah beliau dikalangan orang-orang yang soleh dan di kalangan orang-orang yang beriman. Kau permudahkan segala urusannya disana. Beliau adalah guruku yang telah berjasa kepada ku dan yang telah memberi ilmu kepada ku.



Bingkisan Rindu,
-Nurkasih Atieqah-

6 comments:

Miss_Yanfie (,")(",) said...

Kami semua pun sangat terkejut dapat taw berita ni. Last jumpa arwah masa last semester. Terkedu bila dapat taw berita ni.

Takziah buat keluarga arwah & semoga arwah ditempatkan bersama² orang yang beriman~ AL-FATIHAH...

honeyfarhan said...

Kami mendoakan smoga die b'bhgia kat sana..masih t'bayang mse die ngaja kami dlu..Ya Allah baik sungguh die..cedey sangat masa tau khabar ni...Allah lebih menyanyangi beliau..AL-FATIHAH............

NaRuFiQ said...

roommate saya salah seorang anak didikan arwah di uitm puncak alam...al fatihah buat arwah

NuRKaSiH aTieQaH said...

Miss_Yanfie : insya Allah sama2 kita doakan buat arwah..

honeyfarhan : a'ah arwah madam mariam mmg sgt baik..die selalu ingtkan kami supaya sentiasa ingt Allah..insya Allah, Dia akan bantu kita..

NaRuFiQ : owh...sama2 kita doakan arwah..al-fatihah..

Aiman Afnan Bin Mohd Asri said...

Al Fatihah buat arwah.

NuRKaSiH aTieQaH said...

syukran adik aiman..