Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, August 24, 2011

Salam Takziah


Salam takziah buat keluarga Pak Teh ku dengan pemergian anaknya Muhammad Norqawwi Ridwan Bin Mohd Nor pagi tadi. Semoga Pak Teh sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Setiap yang hidup pasti akan pergi. Kerana disana adalah tempat yang kekal abadi. Sama-sama kita sedekahkan al Fatihah buat arwah adik saudara saya ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Allah lebih menyayaginya.

Ya Allah, dalam bulan ini hampir empat kematian yang saya dengar. Yang berkaitan dengan saya. Itulah aturan Allah, Dia pasti mahu mengingatkan kita bahawa kematian itu tidak mengenal usia dan masa. Adik saudara saya ini baru sahaja berumur 11 tahun. Tapi Allah lebih menyayangi arwah. Semoga Pak Teh, Mak Teh, Along, Qila dan Daus bersabar dengan kematian Qawwi.


Baru sahaja rasanya berjumpa dengan arwah Qawwi masa saya pergi Ipoh hari itu untuk membeli laptop. Dapat menolong menggantikan cadar tilam arwah. Rasa sayu menyelubungi jiwa. Tapi Allah lebih menyayangi arwah.

Arwah meninggal di Ipoh dan dikebumikan di Tanjung Malim. Sebelum meninggal Mak Teh cerita dekat saya, arwah senyum sahaja sepanjang hari semalam sehinggalah ke akhir nyawanya. SubhanAllah, mulianya dia tanpa dosa. Masa nak kebumikan pula, cuaca begitu redup dan seperti seakan-akan berkabus di kampung Ketoyong tapi di UPSI hujan lebat. Ada insan yang terpilih memberi tahu, bau haruman sekitar kubur arwah. SubhanAllah Maha Suci Allah. Allah lebih Maha Mengetahui.

Hari raya hampir tiba, insan tersayang telah pergi menghadap Illahi dibulan yang penuh barakah. Pergi di pagi 24 Ogos 2011 bersamaan dengan 24 Ramadhan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.


Salam Penuh Keinsafan,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: kita juga akan dijemput pada bila-bila masa.

No comments: