Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, September 6, 2011

Andai seorang lelaki itu datang..



Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman…
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman…
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur…
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya…
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya…
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu…
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu…
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu…


MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
“Kau sangat comel pada mataku”
“Kau dah seperti adik kandungku”
“Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua”
“Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit”
“Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku”
“Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti”
“Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang ‘menumpangkan’ bahuku”
“Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain”

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang…
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR... TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami.

Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri...
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki...
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki…

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan, Andai seorang lelaki itu datang…
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata…
Andai seorang lelaki itu datang…
Lihatlah dengan mata hati..
Lelaki macam apakah dia..?


sumber: I Luv Islam


p/s: Allah maha Adil, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, juga sebaliknya..


Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan. Sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata. Sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi.


Salam Sayang,
-Nurkasih atieqah-

No comments: