Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, September 30, 2011

Cinta Yang Bermakna

Kalau dialah lelaki yang ditakdirkan Allah untuk jadi suami saya, saya redha. Allah Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik untuk saya. Tapi untuk situasi sekarang ni, tak perlulah saya nak cakap 'saya cinta awak' atau ajak keluar berdua-duaan, atau nak bagi hadiah, kerana untuk apa semua tu? Untuk ganggu pelajaran saya? Untuk bazirkan waktu saya? Untuk tukarkan pemikiran saya daripada perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati saya? Untuk lalaikan solat saya? Untuk jauhkan saya dari Allah kerana asyik ingat dia? Nauzubillah.

Tahanlah dulu rasa cinta tu sebab Islam suruh tahan bukannya lama sangat. Lepas dah kahwin nanti luahkanlah. Cinta sesama insan atas nama suami-isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara daripada murka Allah insya Allah akan lebih diberkati Allah.

Firman Allah dalam surah al-Tawbah, ayat 109 yang bermaksud,

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah is dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka. Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


Permulaan yang diredhai, insya Allah akan dibalas dengan keredhaan pula.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: Novel Seindah Mawar Berduri

p/s: peringatan untuk diri sendiri juga. (^__^)

No comments: