Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, September 1, 2011

Diari Syawal 1432H

Sedikit cetusan hati dan dedikasi ku di sini. Ini raya pertama saya dan keluarga beraya di rumah sendiri. Alhamdulillah. Dan raya tahun ini saya sudah menjangkau usia 21 tahun. Ermm orang selalu kata apa tu ermm alla sweet 21. hehe..sweet k..? ish3 sweet ko. saya jer la. Awak semua tak kot. hehe.. Just kiding. Dont angry. Nanti cepat tua. Hehe..

Raya tahun ni macam-macam saya rasa. Bila melayan kerenah tetamu-tetamu yang hadir. Saudara-saudara sebelah abah, sahabat-sahabat abah, sahabat-sahabat ibu dan sahabat sekerja saya turut hadir.

Seronok melayan telatah anak buah. Seronok melayan telatah anak sahabat sekerja. Tiba-tiba terdetik dekat hati bestnya kalau kahwin. Ada suami dan ada anak di sisi. Sah pegang tangan sah segalanya. Ada orang panggil kita sayang dan kita boleh panggil abang. Herm indahnya saat itu.







Oppss!! tapi akal sering mengingatkan, jangan ingat perkahwinan itu suatu yang mudah. Perkahwinan memerlukan pengorbanan dan bertolak ansur. Sudah bersediakah untuk itu semua? Jangan main-main. Perkahwinan itu untuk selamanya. Hingga akhir hanyat. Insya Allah. Bukannya hanya main-main. Perkahwinan ini ibarat bahtera. Kita perlu sama-sama mengemudikannya. Kalau tersalah kemudi. Teruklah padahnya.

Ketika menziarahi saudara-saudara opah. Petang itu, saya dan keluarga menziarahi keluarga opah Ngah. Turut follow sekali adalah sepupu abah sekeluarga. Saya pun baru kenal. Masa dekat rumah opah Ngah,

Opah Ngah: Ni siapa?

Saya: Saya anak sulung Salim.

Opah Ngah: Owh anak sulung. Dah belajar?

Saya: Tak opah. Saya dah kerja.

Opah Ngah: Owh dah kerja. Alhamdulillah. Boleh belanja opah.

Saya: Insya Allah opah. Boleh.

Opah Ngah: Dah ada pak we?

Saya: Ha' apa opah?

Opah Ngah: Dah ada pak we?

Saya: Hehehe..Opah ni. Ish malu saya.

Sepupu Abah: Ha' jawab-jawab. Dah ada pak we ke belum.


Adeyh malu yer saya masa itu. Rasa tak tahu nak sorok muka ni dekat mana. Muka dah merah. Semua mata tertumpu di situ. Huaaaa malu yer saya.

Ini cerita tentang adik saudara saya pula. Herm dorang ni pun satu lagi tak habis-habis tanya pasal kahwin. Adeyh poneng kepalo den nak menjawab yer. 'Bila Kak yong nak kawen? Tak sabar nak tengok calon suami kak yong. Mesti baik cam kak yong juga kan.'

Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut mereka dua beradik. Macam-macam kerenah diaorang ini. Raya ke dua hari itu, dia kata dan turut mendoakan saya. 'Semoga Kak Yong bertemu dengan jodoh yang alim". Alahai adik saudara ku, akak saudara mu ini bukannya baik sangat. Tapi terima kasih kerana selalu mendoakan yang terbaik buat Kak Yong.


Herm itu lah serba sedikit sepanjang 1 hingga 3 Syawal saya menyambut raya di sini. Alhamdulillah semuanya mendoakan yang terbaik buat saya. Syukran jazilan semua. Semoga saya akan bertemu jodoh yang baik. Insya Allah, saya akan cuba jadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik itu. Doakan saya. Kadang-kadang terasa macam jodoh dah dekat jer. Tapi saya tak tahu, Kerana semuanya ketentuan Allah. Mungkin lumrah apabila dah umur 21 ni. Orang akan tanya kita pasal jodoh. Waallahua'llam.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: