Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, September 24, 2011

Selesailah Sudah

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Wah lamanya tak update blog. Hehehe.. Almaklumla terlalu sibuk dengan kerja, final exam lagi. Pening pening lalat dibuatnya. Tapi rasanya lebih pening dari lalat kot. Hehehe..

Alhamdulillah selesai sudah semuanya. :) hehehe.. Syukur sangat sangat. Erm kalau sahabat-sahabat nak tahu hari ini adalah hari terakhir paper final exam untuk part one saya. Hehe rasa merdeka sangat. Tapi hanya untuk sebulan saja. Lepas tu masuk balik untuk part two pula.

Tapi paper tadi kan, saya rasa memang tak boleh nak jawab. Huhu. Agak sedih juga la. Tengok orang lain macam confident jer jawab. Majoriti keluar awal dari dewan exam tapi saya tidak punyai kekuatan untuk keluar awal. Hehe.. Tapi apa-apa pun syukur, lepas ni nak tumpukan pada kerja pula. Macam-macam menanti. Result exam tak nak fikirkan lagi. Biarlah nanti-nantilah. Sebab saya rasa memang tak ok kot. Huhu.

Ok lah tak nak citer pasal final exam. Buat saya semput aja. Hihi.. (haaa semputtt) hehehe.. Minggu depan saya ada pertandingan kawad kaki sempena bulan kemerdekaan. Saya dan sahabat sepasukan mewakili bahagian dari Canselori. Isnin ni raptai penuh dan Selasa adalah harinya. Ehem ehem hopefully berjaya. Doakan saya dan pasukan yer. :)


Gambar Sekadar Hiasan

Oklah saya rasa setakat ini dahulu perkembangan diri saya buat masa ini. Insya Allah kita akan berjumpa di lain hari dan masa. Semoga Allah akan permudahkan segala urusan kita semua. Salam ukwah dari saya. Sayang anda semua.



Salam Sayang,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: