Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, October 26, 2011

:: Bingkisan Nuraniku ::

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sahabat-sahabat semua apa khabar? Saya harap sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat di samping insan-insan tersayang. Insya Allah. Alhamdulillah hari ini dapat juga saya luangkan masa dan mengerah idea untuk mengupdate blog Bingkisan Nuraniku ini. :) Mula-mula rasa macam tak tahu nak tulis apa tentang kehidupan yang saya lalui. Hehe. :D

Alhamdulillah dua minggu lepas selesai sudah retreat jabatan saya di Cameron Highland. Rasa syukur sangat. CH tu best sangat. Sejuk pula tu tapi saya peneng sikit bila nak naik atas dan turun. Hehe. Ada peneng-peneng lalat sikit di situ yer. Ahaks. Tapi so far tak ada la nak muntah-muntah lagi. Hehe.


Masa dekat CH tu saya dapat lihat keindahan bumi Allah yang indah. Subhanallah sangat cantik. Melihat warna-warna bunga-bunga segar yang pelbagai. Cantik sangat. Suka la. Alangkah indahnya jika saya dapat bunga tu semua. Hee~ "Jangan nak beranganlah Tiqah"

Haa kalau nak tahu, masa saya lihat keindahan itu semua kan. Tiba-tiba otak saya berfikir "Nanti nak honeymoon kat sini la." Hehehe. Tengok tu saya masih nak berangan lagi. Hehehe. Ssssyyyhhh senyap-senyap tau kawan-kawan jangan bagi tahu orang lain. Ni rahsia kita-kita aja. hehe. :p


Kalau kawan-kawan nak tahu tak, dekat hotel saya tu dekat jer dengan pasar malam. Sebab tapaknya depan hotel kami jer. Hehehe. So petang dan malam tu lepas saja habis bengkel, saya dan kakak ofis terus wusya pasar malam. Dalam sejuk-sejuk dan kedinginan CH tu saya dengan pakai sweater dan sarung tangan yer tetap pergi juga, Hehe. Almaklumla nak cari burge dan strawberry coklat. Hehe. First time rasa strawberry coklat terus jatuh hati. Wah!! dasyat tak? Boleh dikatakan setiap hari masa di CH saya beli strawberry coklat. Hehe. Ada siapa-siapa mahu belanja saya strawbery coklat? Burger pula wajib. Sebab saya memang peminat burger. Hehe. :)

Ok itu cerita dua minggu lepas. Minggu lepas pula saya date with my dear friend Wan Nur Amirah dekat Ipoh. Lama sangat tak jumpa dia. Lepas sekolah dah tak pernah jumpe dah. Eh tak, raya dua tahun lepas last jumpe. Wan still sama macam dulu lagi. Best sangat dapat jumpa wan. Macam-macam story kami kongsi. Kami jalan-jalan pergi Jusco beli barang sikit. Hehe. Tapi saya beli banyak sebab dah singgah MPH kan. Saya ni memang tak boleh tengok buku pasti nak beli. Kebetulan pula semua buku yang saya cari ada dekat sana. Tapi saya tak la ambil semua. Karang bankrup pula saya. Hehe. Best sangat la dapat beli buku yang saya cari di Tanjong Malim ini tak jumpa. Dan yang paling best mestila sebab saya dapat jumpa dengan sahabat saya sorang tu. Syukran sudi jumpa saya. Moga ukhwah kita bertaut hanya kerana Allah. Ukhwah fillah abadan abada. :)

Insya Allah minggu ini pula saya dan keluarga akan pergi ke Kelantan untuk menghadiri majlis walimatul urus abang sedara. Wah berjalan jer kan saya ni. Hehe.. Nak buat macam mana, saya kena habiskan cuti dengan sebaik-baiknya sementara nak naik sem baru. Hehehe..Tak sabar rasanya nak pergi sana. Nak lihat telatah rakyat Kelantan. Kalau ada rezeki boleh jumpe sahabat PLKN yang duduk di sana. Insya Allah, kalau Allah izinkan. :)

Oklah saya rasa setakat ini dahulu conteng-contengan saya. Sekarang ini saya tengah membca buku Petunjuk Jalan Kekayaan karya Dato' Dr. Rusly Abdullah. Seorang Chef terkenal. Buku ini menceritakan berkenaan kisah-kisah hidup yang penuh semangat dari jutawan-jutawan senyap. Kalau nak tahu siapa itu jutawan senyap. Jom kita sama-sama baca buku ini. :) Insya Allah kalau Allah izinkan kita jumpa lagi. Sayang sahabat-sahabat yang sering memberi sokongan dan yang sering mewarnai hidup saya ini.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: Merindui sahabat yang dirindui selalu cik haziqah dan orang yang jauh. Moga kasih antara kita sentiasa bertaut dan semoga berjumpa di mahligai kasih. Insya Allah. ;)

Lot of LOVE !!!

No comments: