Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, October 9, 2011

Kekasihku TERLAMPAU romantik bila..

Kekasih hatiku sangat romantik bila...

Bila aku cuba SMS je maka dia akan berkata,

"Adakah perbuatan abang ni akan memberikan pahala berganda? Kalaulah perbuatan abang ni memberikan pahala yang tak terkira maka dinda la orang pertama yang akan meREPLYnya
tapi andai ianya membawa kecelakaan dan dosa di akhirat sana maka kita hentikan lah ini semua dan carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata."

Kekasih hatiku sangat romantik bila...

Bila aku cuba call pula maka si dia pun jawab dengan selamba,

"Abang nak apa? nak dengar suara manja dinda? Adakah ia halal bagimu disisi kita punya Pencipta? Kalau ada walau satu ayat je dalam Quran yang mengatakan ianya halal bagi kita berdua maka dinda la orang pertama yang melunakkan suara dinda tahap meroyan cam orang gila pun tak apa. Tapi andainya ia haram di sisi agama maka baik abang letak telefon ini dengan kadar yang segera dan telefonlah kembali andai dinda sudah sah menjadi milik kanda!"


Kekasih hatiku TERLAMPAU la romantik bila...

Aku cuba mintak dia punya gambar pasport pula, aku bukan apa alaaaah nak buat kenangan insan tercinta tapi korang tahu tak ape yang dia kata?

"Abang, sebelum kahwin ni jangankan gambar yang lawa-lawa gambar yang jelas nampak jerawat batu dinda pun takkan dinda kasi punya nanti dah kahwin nanti abang nak picit jerawat batu dinda pun TAK APA. DINDA RELA!"

Kekasih hatiku MELAMPAU-LAMPAU romantik bila...

Aku cuba mengajaknya untuk makan bersama yela kan, nak la juga tatap air muka tak pun tatap tumit kaki pun kira jadi laaa rindu punya pasal kat si dia tapi boleh pula dia cakap camni haaa,

"Abang, gila ke apa! Mula-mula nak jumpa pastu nak buat-buat tertumpah kuah ayam kurma kat baju dinda dengan muka berlagak simpati buat-buat la pula nak sapu dengan abang punya tisu muka pastu tersentuh la dinda punya kulit dengan cara yang TAK SENGAJA. Mula-mula tak sengaja tu tak apa laaa. Tapi lepas tu mula la berani raba sini raba sana, cuit sini cuit sana
abang tu agak-agak dah confirm ke jadi ahli syurga? Sampai sanggup buat perangai ahli neraka?"

Aku pun " errrrrrk! " je la..


Kekasih hatiku TERLAMPAU tahap arghhhhhhhhhh keromantikannya bila...

Aku ajak la kahwin dengan kadar yang amat segera boleh pulak dia tanya,

"Abang dah belajar bab haid, nifas dan segala jenis benda tentang Feqah wanita? Nanti dah kahwin apa benda pertama abang nak suap pada anak-anak dinda? Harta atau Agama? Kalau nanti dinda dah jadi isteri dan tiba-tiba ajal dinda pun tiba maka sanggup tak abang nak kena soal di alam sana tentang tanggungjawab abang yang belum dilunaskan kepada dinda? Dan bersediakan abang ditarik ke neraka oleh dinda dan anak-anak kita di akhirat sana?


Aku yang tengah tension pada tahap yang WARGHHHHH terus membidas balik si dia,

"Yang awak ni daripada tadi melayan saya berjam-jam berdialog takpe pula?

Maka si dia pun terus " Errr...dinda lupa! Dinda pergi dulu ya. Carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata. Jumpalah dinda punya ayah bonda. InsyaAllah jika Allah merestui hubungan abang dan dinda, maka Dia akan mengangkat martabat hubungan ini ke alam perkahwinan yang dikatakan ' menyempurnakan separuh daripada agama kita '. Jangan pernah meminta cinta dari dinda tapi mintalah ia pada Pemilik cinta dinda
iaitu Allah Sang Pencipta Pencinta segala cinta!



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: selagi awak tidak menemui ibu dan abah saya, selagi itulah saya tidak yakin awak memang ikhlas menyintai saya dan untuk mengambil saya menjadi suri dalam hidup awak.

3 comments:

mye said...

really2 nice..

atul kiena said...

suke ayat2 ni..nak share boleh ?

EJA said...

setuju dgn entry ni.. entry saya pun ada kena mengena dgn entry awak..

http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/10/sms-seram-ni-dari-agen-syaitan.html