Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, November 15, 2011

Bagusnya Kahwin Awal

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Ha' kawan-kawan apa khabar hari ini? Saya harap kawan-kawan yang saya sayangi semuanya dalam keadaan sihat. Insya Allah. :) Ok hari ini saya nak cerita pasal bagusnya perkahwinan di usia muda. Ewwah selalu sangat saya ni cakap pasal kahwinkan macam la saya ni dah kahwin. Hehe. Mungkin sekarang ni mood kahwin kot. Tapi bukan mood saya yang nak kahwin tapi sahabat-sahabat saya. Almaklumla ramai sahabat handai saya yang akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. :)

Ramai yang berpendapat berkahwin awal ni rugi. Tak kira la lelaki ke perempuan. "Yer la kalau dah kahwin, susah dah nak seronok-seronok dengan kawan-kawan. Dah ada tanggungjawab, dah ada suami, dah ada isteri. Nak keluar malam pun susah. Semuanya terbatas. Kalau perempuan nak keluar rumah pun kena minta izin suami. Susah la macam tu. Lepas tu, bila masa raya mesti bergaduh nak balik rumah mak siapa dulu. Rumah si suami dulu ke atau rumah si isteri dulu."

Saya percaya ayat-ayat macam ni datang daripada insan-insan yang belum berumahtangga. Cewah saya cakap macamlah saya ni dah kahwin. Hehehe. Mungkin sebab saya suka perhatikan manusia disekeliling saya dan melalui pembacaan buku-buku.Tapi saya rasa, apa yang orang katakan itu tak betul la. Saya tengok ramai jer orang yang kahwin muda ni bahagia. Anak dah ada dua tiga. Saya tengok mereka bahagia jer. :)


Yang paling penting la saya rasa, kalau kahwin awal ni, kita boleh hindarkan dosa. Dengan perkahwinan kita boleh hindarkan dosa seperti maksiat hati, maksiat mata, maksiat tangan dan lain-lain la. Almaklumla, sekarang ni ramai yang couple-couple tu, jalan pengang tangan la, peluk bahu la, itu la, ini la. Bagi mereka semua tu seperti perkara yang wajib kalau bercouple. Oh no!!! Apa semua tu? Buat apa pegang orang yang bukan muhrim kita. Itukan dah satu dosa.

Cuba renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah dialog foto dibawah,


Khinzir:
Bila sentuh kita hanya perlu samak je,
Tengok tak HARAM,
Sentuh tak BERDOSA,
Tak perlu minta AMPUN DOSA,
Makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA.

Kekasih:
Aurat tak dijaga tengok HARAM,
Pegang HARAM,
Bila dah pegang,
Tak boleh samak SEPERTI KHINZIR,
Kena minta AMPUN DOSA tu.

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.

Haa' suatu hari tu, masa saya berjalan di pasar malam, saya ternampak sepasang suami isteri ini berjalan bersama anak-anaknya. Wah jelous saya melihatnya. Jalan pegang-pegang tangan gitu. Anak-anak seorang si ayah yang pegang dan seorang lagi si ibu yang pegang. Wah bahagianya. Kalau pegang bila dah ada ikatan kan dapat pahala. Buat apalah kita nak cari dosa dengan pegang tangan orang yang bukan muhrim. Dosa lain pun kita tak tertanggung ni nak tanggung dosa pegang tangan bukan muhrim.

Selain itu, kalau kita kahwin awal ni, kita boleh buat perancangan awal untuk berapa bilangan anak yang kita nak. Cuba bayangkan kalau kita kahwin awal, kita boleh rancang anak jaraknya dua tahun seorang pun tak mengapa. Sebab usia kita masih muda. Tak gitu kawan-kawan? hehe. Cuba bayangkan pula kalau kahwin agak lewat. Kan dah susah nak buat perangcangan anak nak berapa. Kalau nak tahu masa ibu saya dulu, dia dapat anak sulung masa umur 22 tahun. Hehe. Kan senang kalau nak buat perancangan anak ramai. :)

Ibu abah saya selalu kata, kalau kahwin ni rezeki kita akan lagi bertambah. Kalau tak percaya cuba tanya ibu abah saya. hehe. Mereka selalu kata, "Masa ibu abah kahwin dulu, bila dah dapat Ayong, Angah dan Uda memang banyak perlukan duit. Lebih-lebih lagi awak semua jarak umur dekat-dekat. Tapi, Allah itu Maha Pemurah, pasti ada saja rezeki yang dia berikan buat abah dan ibu untuk membesarkan awak semua." Ha cuba tengok, kan rezeki itu ada dimana-mana. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kalau nak tahu, berkahwin awal ni boleh buat kita akan lebih sihat. Almaklumla, bila kita dah kahwin pastilah kita akan kena masak untuk suami di rumah. Dah tak yah makan dekat luar. Kan best kalau dapat date dengan suami dekat rumah. Dapat pahala apa. Ni manusia sekarang date dengan pak we. Dapat apa? Haa dapat dosa ada la sebab berdua-duan dengan si dia. Jadi yang ketiga adalah siapa? Syitanlah kan. Syaitan selalu akan menyesatkan kita kawan-kawan. Jangan lupa tu!

Lagipun kalau makanan di luar tu pasti ada "Pak Aji Naik Moto @ AjiNoMoto". Dorang selalu letak benda tu la. Bagi sedap sikit. Sebab dorang masak bukannya sedap mana pun. (uhuk jangan terasa yer) Kan benda-benda macam tu dah boleh rosakkan badan kita. Lebih-lebih lagi kalau makan Pak Aji tu terlalu kerap. Jadi lebih baik masak di rumah. Lagi puas hati dan lagi sedap. Kan kalau seorang isteri masak untuk suaminya, itukan ubat yang paling mujarab untuk pengikat kasih antara suami dan isteri. :)

Jadi, kesimpulannya kahwin awal ni banyak nikmatnya. Jangan tangguh-tangguh dah yer kawan-kawan kalau ada yang berkenan dekat hati. Jangan kata, "Saya tak sedia lagilah." Apa keher yer ni? Bawa anak dara orang kulu kilir bersedia pulak ae awak? Tapi bila suruh masuk minang, selalu bagi alasan saya belum sedia la, itu la, ini la. Ish3 tak patut betul. Kalau buat dosa ada jer idea kreatif nak jawab ae. Rotan karang bau tau.

Kawan-kawan mesti ada facebook kan? Perasan tak ramai yang selalu buat status in a relationship with si polan bin si polan la. Adohai. Kesian kadang-kadang saya lihat sahabat-sahabat yang buat begitu. Bukan apa, cuba bayangkan kalau hubungan anda itu hanya separuh jalan. Haa' macam mana tu? Tak ke semua orang tahu. Ish kalau saya malu la. Ada juga yang post kata-kata kat wall si dia. Kata 'sayang awak la', 'rindu awak la'. Ish ish ish lagi sedih saya lihatnya sebab hubungan dan kata-kata itu bukannya akan kekal pun selagi anda berdua belum berkahwin. Kadang-kadang boleh mendatangkan fitnah dan dosa. Nauzubillah. So pesanan saya, janganlah buat macam tu. Andai kata dah berkahwin nanti boleh la buat. Ni ada yang dah kahwin tak nak pula letak married with si isteri mahupun si suami. Aduhai mengapa jadi begini wahai sahabat-sahabat?

Pesanan saya buat sahabat-sahabat lelaki terutamanya, "Kalau dah ada yang berkenan di hati. Bawalah berbincang dengan mak ayah anda untuk masuk meminang. Jangan ditangguh-tangguh benda yang baik. Insya Allah, pasti Allah akan permudahkan segalanya."

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: ingatan buat diri saya juga. renung-renungkanlah dan selamat beramal. :)

3 comments:

nadiKU berDetik Meluahkan seGalanya Disini said...

betul2...kalau dah suka sama suka tu apa yang nk di tunggu lagi...ambl langkah seterusnya...ting...

NuRKaSiH aTieQaH said...

hehehe...:) abul bila pula nk bina masjid..? iqa xsabar nk makan nasi minyak ni.. :)

Azekzk said...

Perkahwinan itu adalah sesuatu yg besar dan mesti ada misi dan visinya dalam jangka masa panjang. Apa yg penting adalah cuba untuk menjadi keluarga sakinah yg diredhai sehingga ke penghujung akhir hayat..