Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, November 28, 2011

Muhasabah Memperkukuhkan Jati Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tidak terlewat lagi rasanya untuk saya ucapkan Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1433. Hari ini 28-11-2011 bersamaan dengan 2 Muharram. Ok di sini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak apa yang saya dapat daripada ceramah yang telah saya hadiri baru-baru ini. Sama-sama kita hayati. :)

Forum Bicara Ad-Din
Oleh: Dr. Abdul Munir Ismail (UPSI)
Pada: 17 November 2011
Jam: 9.00 AM

APA ITU MUHASABAH DIRI?
Cermin diri, perancangan diri untuk cantik, selesa dan bahagia.

"Lakukan muhasabah pada diri sendiri sebelum kamu semua dihisab (diperhitung amalan kamu di akhirat nanti) Letakkan dirimu di atas timbangan sebelum dirimu diletakkan di atas neraca."

BAGAIMANA ANDA CERMIN DIRI?
Melihat melalui mata hati, melalui teguran orang/kursus, pengajian melalui ikhtibar dan pengajaran melalui ujian dari Allah.


KENAPA PERLU MHASABAH DIRI?
1) Untuk melihat kelemahan diri
2) Untuk memperbaiki diri
3) Perancangan masa depan
4) Untuk kesejahteraan dunia
5) Untuk bekalan alam akhirat

KATEGORI MUHASABAH DIRI

1) Aspek fizikal - Cuba kita perhatikan diri kita sendiri. Adaka h aku gemuk? Badan banyak lemak? Rambut sudah putihkah(berubah)? Kulit sudah berkedutkah? Mata sudah kurang jelaskah? Sering sakit pinggang? Sering sakit-sakit?

2) Aspek kerohanian - Senaraikan sifat-sifat mazmumah(keji) yang ada dalam diri kita. Contohnya: Gemar makan berlebihan suka menangguhkan kerja, suka qado solat, pemarah dengki, suka berbual kosong ataupun mengumpat dan sebagainya.

Ok sama-sama kita muhasabah diri dengan menyenaraikan segala sifat-sifat mazmumah(keji) yang ada dalam diri kita di dalam satu kertas. Senaraikan seberapa banyak sifat mazmumah yang ada dalam diri kita semua. Tulislah secara ikhlas, jujur, sedia menerima perubahan dan tidak menyembunyikan apa-apa kelemahan diri kita sendiri.

Kita boleh menilai skala keperibadian kita di peringkat yang mana. Sama ada skala 1 atau skala 2 ataupun sebaliknya.

Cara-caranya adalah seperti ini. Jumlahkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita itu. Selepas itu, darab(x) kan dengan umur kita sekarang. Jumlahnya kita bahagi(÷) kan dengan seratus(100).

Contoh:

Sifat mazmumah kita ada: 50
Umur kita sekarang: 21

50(sifat mazmumah) x 21(umur kita sekarang) = 1 050

1 050 ÷ 100 = 10.5 point (berada di skala 2-sederhana baik)

Skala muhasabah diri

Skala 1 : 01-10 point (baik)
Skala 2 : 11-20 point (sederhana baik)
Skala 3 : 21-30 point (perlukan muhasabah)
Skala 4 : 31-40 point (muhasabah diri secara intensif)
Skala 5 : 41 point dan ke atas (jumpa pakar untuk rawatan berterusan)

Carilah seberapa banyak sifat mazmumah yang ada dalam diri kita. Dengan itu, kita boleh memperbaiki diri kita untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Insya Allah.

3) Aspek mental - Apa yang kita tahu dan faham tentang mental? Kenapa mental penting untuk kita muhasabah? Bolehkan mental kita dirawat? Bagaimana kita nak merawat mental kita?

4) Keseimbangan duniawi dan ukhrawi - Berapa lama kita boleh hidup? Adakah kita dah bersedia untuk perjalanan yang jauh(menuju alam akhirat) ?

Ketahuilah satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Ya Allah, lamanyakan sahabat-sahabat? Itulah dia perjalanan yang jauh dan alam yang akan kekal abadi buat selamanya.

Jadi sama-samalah kita renungkan. Sempena dengan tahun baru 1433H ini, mari sama-sama kita pasang niat untuk menjadi lebih baik dari semalam. Sama-samalah kita berubah. Saya pun ada tiga niat sempena tahun baru ini. Walaupun sedikit tapi kita kena berusaha secara istiqomah. Insya Allah, lama-lama akan jadi bukit juga bukan? :)




Salam Maal Hijrah 1433,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: