Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, November 10, 2011

Pedih Rasanya

Hidup ini ibarat roda,
Esok lusa pasti kita akan alami juga,
Dari usia muda akan menjadi tua,
Dari status bujang akan berkahwin,
Dari seorang isteri akan menjadi seorang ibu,
Begitulah seterusnya,
Hanya Allah yang tahu apa kesudahan hidup setiap hamba Nya.

Hati resah menanti hidup yang akan datang,
Hati gundah menjalani hidup sekarang,
Apakah ujian yang diberikan buat hamba Mu ini?
Diri ini tidaklah sesabar mana untuk menghadapi ujian ini,
Ujian yang ku rasakan begitu berat untuk dipikul,
Hendak ditelan mati emak,
Hendak diluah mati bapa,
Serba salah dibuatnya,

Tapi andai hati begitu kecewa,
Andai sudah lama memendam rasa,
Adakah mampu untuk ku menyimpannya lagi?


Terluahlah segala-gala yang terbuku,
Terkecillah hati-hati nurani itu,
Dan tersakitlah hati ku jua kerana,
Aku telah menyakitkan hati mereka,
Kerana apa yang terluah adalah dari lubuk hati kecil ku,
Apa yang ku pendam,
Apa yang ku rasa selama ini,
Terhurailah jua.

Mungkin tiada siapa yang faham,
Mungkin tiada siapa yang peduli,
Yang dilihat semuanya salah ku.

Apa yang harus ku lakukan?
Kerana hati mereka sudah kecewa,
Hati mereka sudah remuk,
Dengan tindakan ku ini.

Tapi adakah aku juga tiada hak,
Untuk mempertahankan hak ku sendiri,
Adakah aku yang bersalah semua di dalam hal ini?
Apakah yang aku perlu lakukan?
Agar mereka mengetahui apa yang ku mahu,
Pedih rasanya untuk menanggung semua ini.




Nukilan,
-Nurkasih Atieqah-
Tanjong Malim
10112011
1400

No comments: