Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, November 14, 2011

Selamat Maju Jaya

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Teristimewa baut adik ku Nuramni Izzati. Selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2011. Semoga dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dalam keadaan tenang dan dipermudahkan oleh Allah. Jangan sia-siakan harapan ibu dan abah. Go go cayok!! Fighting!! Doa kami semua sentiasa menemani mu. :)


Dan tidak lupa juga buat adik-adik diluar sana yang sedang menduduki peperiksaan SPM yang bermula hari ini. Selamat maju jaya. Semoga adik-adik dapat menjawabnya dengan tenang.

Dekat sini akak nak bagi sedikit tips untuk adik-adik:
1) Banyakkan berdoa kepada Allah.
2) Banyakkan membaca al-Quran terutamanya surah yaasin dan al-Mathurat.
3) Banyakkan solat-solat sunat antaranya solat hajat.
4) Mohon ampun dengan semua orang terutamanya ibu dan ayah.

5) Malam sebelum exam, siapkan semua keperluan untuk exam esok.
6) Pagi exam tu, bangun awal, senyum dan tanamkan semangat nak jawab exam dengan sebaik-baiknya.
7) Sebelum pergi ke sekolah, salam ibu ayah dan mulakan langkah dengan bismillah.

8) Sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, langkah kaki kanan dan bacalah bismillah dan perbanyakkan selawat.
9) Sebelum membuka kertas soalan, baca doa penerang hati dan surah asy-syarh.

Ok! Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Berjaya. Doa akak mengiringi kalian semua. :)




Salam Imtihan,
-Akak Nurkasih Atieqah-

2 comments:

ariff al-baqi said...

moga adik berjaya SPM.. :)

NuRKaSiH aTieQaH said...

insya Allah..syukran encik ariff.. :)