Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, December 19, 2011

Selamat Berjuang Wahai Diri !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai kawan-kawan apa khabar yer? ;) Saya harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih Illahi. :) Ok hari ini saya rasa nak update sikit blog saya ni. Mungkin lepas ini tak tahu bila boleh update. Sangat sibuk dengan kerja dan belajar.

Baru-baru ini, selesai sudah program Seminar Perjuangan Kebangsaan dan Patriotisme Dalam Peradaban Malaysia. Seminar ini telah berlangsung selama dua hari yang bermula dari 16 Disember 2011(Jumaat) dan tamat pada 17 Disember 2011(Sabtu). Pada keesokan harinya pula saya perlu menghadiri kelas. Kelas pertama untuk semester 2. Wah sangat-sangatlah letih. Sampai kaki ku cramp la petang Sabtu tu. Dugaan-dugaan. :p

Alhamdulillah, hari Ahad semalam saya dapat hadapi kelas dengan tenang dan penuh semangat. Tapi dalam hati tiada siapa yang tahu. Hati ku gundah gulana sebenarnya memikirkan opah yang masih di hospital. Tapi segalanya telah berubah dengan mengetahui opah dah balik rumah hari ini. Yehaa!! seronoknya. Syukur sangat-sangat opah dah sembuh. :)

Assignment. Hermm first kelas dah dapat assignment. Bila nak buat ni? Hehe.. Minggu ni dah sibuk untuk program yang seterusnya iaitu Seminar Patriotisme Persuratan Melayu Dalam Peradaban Malaysia dan juga Roadmap COE IPM. Wah sibuknya saya. Dah kalah PM ni. Hahaha. :p Seminar itu akan berlangsung selama dua hari iaitu pada hari khamis(22-12-2011) dan Jumaat(23-12-2011) di UPSI. Keesokan harinya pula saya dan sahabat sepejabat akan berangkat ke Melaka untuk Roadmap COE IPM selama 3 hari.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah. Doakan saya yer sahabat-sahabat supaya saya boleh harungi semua ini dengan tabah. :) Saya rasa setakat ini dulu bicara saya. Ok kita jumpa lagi di lain post yer. Salam sayang dari saya. (^_~)




Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

mood: happy nak pergi melawat opah di rumahnya. :)

4 comments:

FiQrY said...

Semoga Dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di dalam Rahmat-NYA..selamat berjuang sahabat.. (^_^)v

NuRKaSiH aTieQaH said...

Terima kasih encik fiqry..smg encik fiqry juga sentiasa succes selalu.. :)

Cahaya Iman sue said...

Alhahmdulillah ... semoga kamu sentiasa dilindungi & semoga ALLAH permudakan segalanya .. waallahu a'alam ... :) ..... selamatnya sahabatku ....

NuRKaSiH aTieQaH said...

Syukran sahabat..smg awak juga sentiasa terpelihara dlm jagaan Nya.. :)