Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, January 2, 2012

2012 Telah Bermula

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Sahabat-sahabat apa khabar? Semoga anda semua dalam keadaan ceria dan bersemangat di petang 2 Januari 2012 ini. Wah tersangat lama saya tak mengupdate blog Bingkisan Buraniku ini. Maafkan saya yer sahabat-sahabat yang setia membaca blog saya. Sejak masuk semester 2 ini, saya ada masalah untuk mencurahkan idea dan meluangkan masa untuk mengupdate blog. Hihihi.


Oklah sempena tahun baru Masihi ini, saya selaku tuan tanah blog ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi. Semoga tahun ini kita akan menjadi lebih baik dari tahun lepas. Insya Allah. Sama-sama kita bermujahadah yer sahabat-sahabat. :)

Di awal tahun baru ini, terdapat pelbagai cerita dan kisah yang saya dan mungkin juga sahabat-sahabat blog yang lain ada mendengarnya. Ada dua kisah yang memang menarik perhatian saya untuk membaca dan terus mengikuti perkembangannya.

Mari kita lihat sama-sama apa kisahnya:


1) Countdown 2012 di Dataran Merdeka, Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus, Imam muda Ashraff, Ziazah 'Raja Lawak', Sham Kamikaze danUstaz Syed NorHisham.




2) Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI yang ingin menuntut kebebasan akademik.



Sama-sama kita renung dan fikirkan bersama. Benar juga kata seorang sahabat saya di FB, "Kalau kita tak mulakan sekarang bila lagi?" Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal. :)



Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

p/s: Selamat maju jaya saya ucapkan kepada adik-adik saya yang sedang menduduki final exam. Dan tidak lupa juga kepada semua teman-teman yang tersayang, semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang. Insya Allah. Ukhwah fillah. :)

No comments: