Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, January 31, 2012

Allamak Terkantoi La Pulak!!

Syam baru kahwin. Mereka hanya duduk berdua sahaja di rumah yang baru mereka beli. Syam mempunyai tabiat suka makan telur rebus. Tak tau la kenapa, sedap agaknya. Sejak Syam kahwin , tabiat memakan telur rebus menjadi semakin kurang kerana isterinya selalu masak yang sedap-sedap. Dan dah lama juga Syam tidak pekena telur rebus sejak dia berkawin.

Ceritanya bermula selepas sebulan mereka duduk di rumah mereka. Selepas balik dari kerja, keretanya telah rosak di tengah jalan. Syam telah menelefon isterinya memberitahu dia akan pulang lewat kerana perlu berjalan kaki.

Dalam perjalanan, Syam telah singgah di kedai makan di sebabkan terlalu letih dan lapar. Ketika ingin memilih lauk, Syam ternampak telur rebus. Jadi apa lagi, tanpa membuang masa untuk memilih lauk lain Syam telah mengambil telur rebus dan nasi sebagai hidangannya. Tak cukup dengan telur rebus itu sahaja, Syam juga telah memesan telur rebus lain untuk membuat ratah. Sebelum pulang, Syam turut membungkus telur rebus untuk di bawa makan ketika dalam perjalanan. Terlalulah kenyang Syam pada hari ini. Almaklumla membalas dendam sebab dah lama tak makan telur rebus.

Sesampai di pintu rumah, isteri Syam menyambutnya dan berkata "Abang, ada surprise." Sambil tersengih-sengih isterinya menutup mata Syam dan mengikatnya dengan kain hitam. Syam dipimpin hingga ke meja makan dan didudukkan dikerusi meja makan. Isterinya siap memesan jangan nak cuba-cuba untuk membuka ikatan. Pada ketika itu, Syam terasa ingin pergi ke toilet.Perutnya rasa tidak sedap tapi untuk tidak menghampakan surprise isterinya itu, Syam hanya menahan hajatnya itu.


Tiba-tiba telefon isterinya berbunyi. Isterinya menjawabnya dan pergi jauh dari meja makan itu. Syam hanya mengagak sahaja kerana suara isterinya makin tidka kedengaran di telinganya.

Syam berkata, "Peluang ni !" Tanpa membuang masa Syam pun kentut kerana dari tadi dia menahannya . Bau. Ya Allah, boleh tahan kerana baru lepas makan banyak telur rebus tadi. Ok, lagi sekali. Syam pun mengangkat sebelah punggung dan melepaskan satu lagi das! PRUTTTT!!! Baunya, adohai memang tak hingat la. Diri Syam sendiri pun tak tahan.

Syam masih terasa nak kentut lagi. Dia pun bangun, tonggeng dan mengeluarkan lagi bunyi PROTT!!! "Fuhhh baru la lega." Bau jangan la cakap. Macam bangkai jer. Dalam 2, 3minit baru hilang baunya.

Selepas beberapa minit, barulah isterinya datang dan minta maaf kerana lambat. Tiba-tiba isterinya menjerit "SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!"

Syam hampir terlupa hari ini befdaynya. Isterinya menyuruh Syam membuka kain penutup matanya sendiri. Sebaik membukanya, mulut Syam terus melopong.

ALAMAK!!! Syam lihat merah padam muka bapa dan mak mertuanya, adik-adik iparnya yang duduk sekeliling meja makan itu. Bos dan jiran sebelah rumahnya pun ada. Syam nak cover malu, dia pun tanya bapa mertuanya, "Dah lama ke ayah smpai?" Dengan selambernya ayah mertua Syam menjawab, "Dah lama dah, sebelum kentut pertama kamu lagi!!"


***TamaT***



p/s: hahaha..malunya kalau jadi macam Syam tu..ahaks3..tak tahu nak letak muka kat mana..hehehe..



1 comment:

EJA said...

hahhaha aduh kelakar betul.. aduh klu jadi syam tu x tau la nak sorok muka kt ne.. sorok kt bawah meja makan je la..heheh