Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, January 19, 2012

Berhati-hatilah Wahai Sahabat Wanita ku

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka.

Progesterex di bekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis. Mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya dan apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman. Ia akan “mencuci” agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan si perogol tidak perlu bimbang untuk menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda. Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti. Dan ia di ramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama adik-adik dan kakak-kakak perempuan anda, sahabat-sahabat wanita dan gadis-gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang tahu lebih dekat dengan anda dan jangan percaya walau kawan yang baru anda kenali.


Bingkisan Nurani ku,
-Nurkasih Atieqah-
p/s: The world is no longer safe for girls and women.

No comments: