Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, January 11, 2012

Hati ku Tertarik

Hari-hari saya pergi kerja
Hari-hari kerja di blok yang sama
Hari-hari saya naik tangga yang sama
Hari-hari saya parking di tempat yang sama
Suatu hari terserempak dengan seorang insan
Mengetahuinya sebagai staff sambilan
Rupa-rupanya insan itu juga seorang pelajar di sini
Akak office kata dah lama insan itu ada di sana
Tapi insan itu baru saya nampak hari ini
Kenapa yer?
Hermm bukan apa,
Saya hanya tertarik dengan peribadinya
Akak office kata,
Insan itu sentiasa tertunduk bila terserempak akak
Pernah sekali saya bertembung dengannya
Saya tertunduk, dia juga tertunduk
Ya Allah, masih ada lelaki yang menjaga pandangannya
Sukar untuk di cari lelaki seperti itu pada zaman ini
Sentiasa bersongkok ataupun kupiah
Budi bicaranya tersusun indah
Wajahnya tenang setenang melihatnya
Dakwah adalah jalan pilihannya
Semoga istiqomah dalam pencarian iman




Bingkisan Nuraniku,
-Nurkasih Atieqah-

mood: curi-curi lihat. ;)