Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, January 9, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn 2)

Seminggu berlalu. "Abang, saya tak reti masak" kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Zahir. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak. Takkan hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. "Lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!" Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Zahir. "Macam mana ni abang?" kata Syahirah sayu. Zahir menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. "Tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak."

"Maaf yer abang." kata Syahirah. Zahir hanya tersenyum. "Tak apa." Zahir keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Zahir masuk dengan membawa laptop. "Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?" "Belajar masak guna internet." Zahir tersenyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.

Selesai masak. "Huish masin." komen Syahirah mengenai lauk yang zahir masak. Zahir mengambil gulai di hadapan isterinya itu. "Abangkan yang masak ni." Kata Syahirah lagi. Zahir rasa dan ketawa. "Okay lah ni. Ha, awak punya sayur campur ni pun tawar! Tak rasa apa-apa." komen Zahir pula. "Okay apa." "Is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur." "Boleh ke macam itu?" "Boleh je." "Okay." "Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau." Zahir langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah. Alhamdulillah.


"Ustaz." Panggil Zahir pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. "Ya?" "Saya nak…" "Nak apa?" Zahir malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. "Anak nak apa?" "Saya nak belajar agama." Terluah juga. Ustaz itu senyum. "Mari." Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Zahir di kereta. Senyum terukir apabila melihat Zahir menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. "Ustaz kenalkan isteri saya." Zahir memperkenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.

"Baguslah. Muda-muda dah kahwin.Sama-sama pergi surau." Zahir tersentak. Walau apapun senyum paksa di berikan. "Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Zahir ni." kata-kata Syahirah membuatkan Zahir terdiam. "Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga." "Terima kasih ustaz." Zahir bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Zahir. "Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum." "Waalaikumsalam." Jawab Syahirah dan Zahir serentak.

Zahir duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. "Lamanya abang pergi?” Aiman tersedar. "Hermm, seminggu je." Ya, dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! "Seminggu tu lama tauu." lirih Syahirah. "Pejam celik pejam celik sekejap je tu." "Kalau pejam tak celik-celik?" tersentak Zahir apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Zahir memandang Syahirah. "Apa awak cakap ni?" lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. "Gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Zahir diam. "Tak yahlah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas." Isterinya tarik muncung. "Tak mau lah, nanti kurang pahala."

Sudah dua hari Zahir di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah, banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. "Awak sihat?" Zahir duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. "Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau?" Zahir hanya senyum mendengar coleteh si isteri. "Ha" lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?" tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. "Saya tahu, saya bukan siapa-siapa pada abang, tapi tak patut abang tipu saya." Air mata Syahirah mengalir. Zahir terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Zahir tiba-tiba terdengar esakkan. "Awak nangis ke?" Diam lagi. "Awak, saya…" Syahirah memintas. "Tak apa. Saya faham." Air matanya di seka. "Abang sihat tak?" "Alhamdulillah sihat." Diam. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "Baik sayang."

Terdiam Syahirah. Zahir senyum je. "Lagi?" "Ermm abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur." Zahir ketawa. "Next?" "Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut." Zahir hanya mengangguk. "Lagi?" "Selalu beristigfar" "Okay. Lagi?" "Ingat Allah dalam setiap perbuatan." "Alright, next?" "Sentiasa berselawat." "Okay." "Abang ni last." "Apa dia tu?" soal Zahir lembut. "Doakan rumah tangga kita sampai syurga." Zahir senyap sekejap dan berkata "Sure." "Assalamualaikum abang." Zahir membalasnya, "Waa'laikumsalam."



Salam Dari Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: facebook dan diedit sedikit

No comments: