Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, January 14, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn 3)

Selepas seminggu Zahir pun pulang ke rumah. Sesampai sahaja teksi di hadapan rumah, dari jauh lagi Zahir telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Zahir mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. "Assalammualaikum, awak." sapa Zahir. "Waalaikumsalam, abang." Syahirah menjawab dengan nada yang ceria. Syahirah bersalaman dengan Zahir. Terpegun juga dia melihat Zahir yang hanya ber t-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Zahir tak perasan). Wajah Zahir seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Zahir perasan isterinya memerhatikannya. "Errr.. awak pandang apa?" Syahirah tersentak. "Eh, tak, ermm abang nampak lain." "Apa yang lain?" Zahir memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. "Oh.." jawab Zahir dan menarik kopiahnya. "Jom masuk." Mereka beriringan ke ruang tamu.

Zahir telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Zahir menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. "Abang nah." lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Zahir menyambut. "Thanks." "Abang, nak tahu tak?" sambil duduk bawah melutut depan Zahir yang duduk di sofa itu. "Hermm?" Zahir merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. "Ada sinetron baru tau." Berkerut dahi Zahir. "Oh, apa benda tu?" "Apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta Fitri." "Ohhh." gelas di letak di atas meja. "Kenapa dengan cerita tu?" "Best." Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Zahir masih lagi melayan. "Apa yang best?" "Lagu." "Oh, jalan ceritanya tak best?" Sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Zahir berbual mengenai drama Indonesia. "Best jugak tapi sedih." "Kenapa?" "Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?" "Lagu apa?" "Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar." Syahirah bangun dan mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu. Zahir hanya memerhati.


"Haa, nah.." dia menghulurkan earphone pada Zahir. "Herm, awak ambil satu." kata Zahir dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "Err kita dengar sama-sama." teragap-gagap Zahir mengungkapkannya. "Ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Zahir menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya. Yang ingin membuatmu bahagia. Maafkan bila ku tak sempurna. Sesempurna cintaku padamu. "Saya baru download tadi." Syahirah senyum. Zahir turut tersenyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya. Yang ingin selalu di sampingmu. Ku tahu semua tiada yang sempurna. Di bawah kolong langit ini. "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Zahir diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis jer dengarnya. Tak tahu kenapa. "Hermmm." Jalan kita masih panjang. Ku ingin kau selalu disini. Biar cinta kita tumbuh harum mewangi. Dan dunia menjadi saksinya. Untuk apa kita membuang-buang waktu. Dengan kata kata perpisahan. Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu.

Tanpa di sedari Zahir telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga. Cinta kita yang telah kita bina. Walau hari terus berganti hari lagi. Cinta kita abadi selamanya. Zahir tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. "Eeerr awak." Zahir cuba mengejutkan isterinya lagi. "Awak, bangun. Dah azan Asar ni." Syahirah bangun dengan mengosok matanya. "Abang saya ABC la. Abang solat lah." Zahir pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. "Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar." Syahirah memandang Zahir. "Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan." Zahir teragak-agak menjawabnya. "Ohh, haa okay. Saya solat dulu." Zahir telah pun bangun untuk menuju ke bilik. "Abang." Langkah Zahir mati. Dia menoleh. "Doakan rumah tangga kita sampai syurga." Syahirah senyum dengan gaya menadah tangan. "Sure."

**********

"Abang, saya nak cari buku masak." Zahir hanya mengangguk. Di tangannya ada dua beg kertas barang yang dibeli olehnya dan Syahirah tadi. "Nanti jumpa abang dekat kaunter lah." kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Zahir hanya tersenyum dan menghantar Syahirah dengan pandangan mata. Zahir berjalan ke almari buku-buku Islamik. Terdetik di hatinya untuk mencari tafsir Al-Quran. Zahir pergi ke kaunter pertanyaan di dalam kedai buku itu. "Ada apa boleh saya bantu encik?" "Herm, tafsir al-Quran ada tak? "Hermm, tafsir Al-Quran? oh maaf encik tiada stok." Zahir tersenyum paksa. "Okay. Thanks." Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. "Abang tak beli apa-apa?" "Tak. Awak dah jumpa buku?" Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Zahir. "Tadaaa, nanti kita try dekat rumah ok?" "Okay." Zahir membayar buku itu.

Selepas mereka keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. "Wah, romantiknya mereka!" "Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yang punyalah handsome dan baik!" "Mana kau tahu baik?" "Tadi dia nak beli tafsir Al-Quran." "Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je." "Sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan. Superb! Romantic!" "Kan Allah S.W.T telah berfirman, 'Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (surah an-Nur:26) "Betul-betul."

Zahir sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. "Abang." sapa Syahirah manja. Zahir tersenyum. "Kenapa?" "Nah." Syahirah menunjukkan sesuatu pada Zahir. Zahir mengambil dan berfikir. "Birthday saya rasanya belum lagi." "Abang bukalah dulu. Saya dah mengantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum." Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Zahir membuka balutan itu. "Subhana Allah, tafsir Al-Quran." Terasa macam nak mengalir air matanya. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Zahir turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya, Zahir mengambil tafsir itu dan terus masuk ke bilik.

Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Zahir tersenyum sendirian. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Zahir menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.



Salam Dari Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: facebook dan diedit sedikit

2 comments:

mye said...

ending die sdih kan.
huhu

NuRKaSiH aTieQaH said...

hehe..tu la..:)