Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, January 17, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn 4)

“Zahir!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Zahir hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama tempoh hari, dia sudah tidak cepat marah amahupun melenting. "Kamu dengar tak ni? Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat, kenapa jatuh teruk ni!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Zahir. "Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil." Dato Rahimi memandang sinis anaknya. "Bukan kamu joli kan semua duit tu?" "Abah." "Dah! Abah tak tahu kamu nak buat macam mana. Tapi abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni!" Tercengang Zahir. Mana dia ada duit banyak tu. "Abah, saya tak ada duit banyak tu." "Abah tak peduli. Kamu ada duit ke tak ada duit ke. Pandai-pandai kamulah buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.

Terduduk Zahir. Ya Allah, tiba-tiba telefon Zahir berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. "Assalammualaikum." Lemah Zahir menjawab. "Waalaikumsalam, weh Zahir. Kau balik rumah kau sekarang.!" "Err, kenapa Along?" "kau balik je!" Tersentap Zahir tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang ke Kepala Batas. Ada apa ya? Zahir mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Zahir memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja kerana cuti sekolah jadi sebagai cikgu dia pun turut cuti juga. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.


"Along, tolonglah jangan buat kecoh dekat sini." rayu Syahirah. "Eh, kau diam lah dik." Zahir melangkah masuk ke rumah. "Assalammualaikum." "Hah, sampai pun kau." Zahir menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak menyambut huluran tangannya. Zahir menarik kembali tangannya. "Kenapa Along?" "Aku nak bawak Syahirah balik." Sentap Zahir mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. "Ta..tapi kenapa?" "Kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!" herdik Syahir. Sebak Zahir mendengarnya. "Along tak boleh buat macam ni." "Apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je." "Along, kenapa Along cakap macam tu?" Syahirah yang tadi berair mata membela Zahir. "Kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!" Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. "Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!" "Hoi, Zahir. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur!" Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! "Abang..tolong…" sayu Syahirah meminta pertolongan Zahir. "Saya izinkan.." sebak. "Saya izinkan awak balik." Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Zahir jatuh juga. Mata di pejam. "Abang…" Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Zahir yang membelakanginya. Zahir terduduk. Ya Allah beratnya dugaan Mu.

Zahir baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bilnya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Zahir terkejut mendengar esakkan di talian itu. "Awak." Esakkan itu masih lagi berbunyi. "Ira..awak.." "Sampai.. sampai hati abang." Zahir senyap. "Saya buat macam ni agar awak senang." "Tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-sorang lalui kepayahan." "Awak tak faham." sayu Zahir menjawabnya. Suara serak Syahirah berbicara lagi. "Abang…biarlah susah senang kita bersama." Zahir senyap. "Abang, tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah." Zahir masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. "Abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni.." "Sayang tak perlu rasa bersalah." Terdiam Syahirah. Ya Allah.

"Abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu." Zahir bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "Cuba abang baca."
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Zahir beristigfar. Mata di pejamkan seketika. "Sayang, abang betul-betul tak kuat.." buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. "Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang." "Tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan Along dan semua orang." "Abang, Along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali." Zahir hanya diam. "Istikharahlah abang, minta petunjuk Nya. Assalammualaikum." Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Zahir menarik nafasnya. Ya Allah.

**********

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

"Assalammualaikum." Zahir menoleh. "Waalaikumsalam, eh ustaz." Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. "Baca artikel apa itu?" "Nasihat Rasulullah pada Ali." "Oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?" Zahir senyum. "Tenang duduk dekat masjid ni." "Dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?" Zahir tersentap. "Herm, dia balik kampung." "Oh, eh ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Zahir menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan Nya. Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiah Allah, Tersiram rahmat dan hikmah. Di uji kita sebagai tanda sayang Nya. Terkedu Zahir. Ya Allah, telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat rasanya. Urusan syarikat pula, dia perlu berkerja keras agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu…sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Zahir membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas(sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Zahir.
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Zahir.
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insya Allah, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Zahir tersenyum membaca message itu.
Insya Allah. – Zahir.



Salam Dari Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: facebook dan diedit sedikit

No comments: