Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, January 22, 2012

Kisah Cinta Sejati Zahir-Syahirah (Bhgn 5)

"Assalammualaikum, abi." Zahir menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. "Waalaikumsalam. Zahir, kenapa ni?" nada risau. "Abi, saya… saya.." tak terluah oleh kata-kata. "Zahir, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikirlah baik-baik. Bersabar ya Zahir." "terima kasih abi." Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur, abinya seorang yang memahami. Zahir membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, Alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya terarah pada email versi video itu. Kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.

Erat Syahirah memeluk suaminya di saat Zahir masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. "Abang please..jangan tinggalkan saya lagi.." esak Syahirah. Zahir yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. "Sssyyyhh, abang dah datang ni. Jangan nangis lagi ya." mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. "Jaga dia baik-baik Zahir.” pesan Hj. Amran. "Terima kasih abi, umi." sayu sahaja Zahir mengungkapnya. Teringat nasihat abinya itu. Mujur Alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dengan Alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, Kau permudahkan urusan ini. "Kami balik dulu abi, umi." Zahir bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. "Assalammualaikum." "Waalaikumsalam."


"Saya sayang abang.” luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Zahir yang tengah memandu itu senyum. "Saya pun sayang awak juga." Syahirah senyum senang. "Ira…" panggil Zahir. "Ya?" Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Zahir diam sekejap. "Thanks." "Thanks untuk apa?" "Sebab awak, saya dah banyak berubah." Syahirah ketawa kecil. "Bukan sayalah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang." "Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah." kata Zahir. Syahirah tersenyum. "Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz." Zahir mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. "Thanks sekali lagi." dahi Syahirah berkerut. "Untuk apa pula?" "Settlekan bil-bil syarikat tu." "Kita kan suami isteri kene saling bantu-membantu." "Mana Ira dapat wang banyak macam itu?" Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi, umi dan Along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Zahir memandang Syahirah sekilas. "Sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?" Syahirah terkelu. "Errm, rezeki Allah." "Dari mana? Tak akan turun dari langit kot?" soal Zahir lembut. "Abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya." Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Zahir terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.

Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Zahir terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Zahir terus menerpa ke arahnya. "Awak." Terkelu lidah Zahir sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. "Biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu." "Kita pergi klinik." Syahirah dah pening. "Tak apa. Ni sebab panas ni, saya dah biasa." "No. Nampak serious ni." ujar Zahir yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan. Ketawa yang di buat-buat. "Abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap." sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Zahir tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.


"Abang, bangun." Syahirah menggerakkan Zahir di sebelahnya. "Encik Zahir, bangun." kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Zahir lagi. "Abang, abang, bangun." Zahir membuka matanya perlahan-lahan. "Hermm, kenapa sayang?" "Abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah." Zahir duduk menghadap Syahirah. :Dah pukul berapa?" "Hermm, 4.30 pagi." "Jom." ajak Zahir. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam untuk isterinya. Tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. "Sayang ambil wudhuk dulu." "Okay." Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Zahir. Terkejut Zahir dibuatnya. "Mimpi ke reliti ni?" seloroh Zahir dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Zahir bersalaman dengan Syahirah. "Abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang." Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. "..halalkan semua makan minum saya." Zahir menarik Syahirah dalam pelukkannya. "Abang pun nak minta maaf andai ada tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya." dahi isterinya di cium. "Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh." kata Syahirah dan senyum. Zahir hanya tersenyum. "Herm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?" Syahirah geleng. "Boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah." Zahir mengangguk. "Oklah. Nanti abang belikan sarapan." "Okay, saaaaayang abang." lirih Syahirah dan senyum. "Sayang awak juga."

Zahir memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Zahir keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Zahir mendengar bunyi pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Zahir ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Zahir sewaktu dia masuk ke dapur, titisan darah isterinya telah memenuhi lantai. "Sayang !!!!" jerit Zahir melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Zahir cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Zahir tidak bernafas dan pengsan.

**********

Zahir terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. "Sayang.." Zahir memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Zahir mencampakkan pisau itu. "Ha, ini tuan yang membunuhnya!" terkejut Zahir tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. "Bukan saya." "Dah bawa dia. Cuba periksa nadi mangsa." Tangan Zahir bergari. "Bukan saya!" Zahir terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. "Abah! Bukan Zahir!!! Abah!!" anggota polis itu membawa Zahir keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. "Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni." sayu abahnya berbicara. "Bukan Zahir abah!!" Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Zahir memandang abi, umi dan Alongnya. "Abi, bukan saya, umi!!" meronta-ronta Zahir. "Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!" herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Zahir cuba meronta. "Bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya." "Cepat bawa dia!" arah Alongnya. Ya Allah dugaan apa yang Kau berikan ini. Ya Allah izinkan hamba Mu ini dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah, semoga dia selamat. Air mata Zahir jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. "Sayang" Bantu hamba Ya Allah.

Haji Amran melawat menantunya di penjara. "Abi, percayalah saya." Haji Amran senyum. "Sabar Zahir, kebenaran akan terungkap, bersabarlah." "Abi, macam mana keadaan Syahirah?" Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. "Abi kenapa dengan isteri saya?" Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. "Bersabarlah Zahir, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya." Haji Amran bangun dari kerusi itu. "Abi, jawab saya abi. Syahirah macam mana?" mengalir air mata Zahir tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. "Abi, kena pergi dah ni. Banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum." Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Zahir mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat.



Salam Dari Kejauhan,
-Nurkasih Atieqah-

sumber: facebook dan diedit sedikit

2 comments:

Kasihiro said...

Assalam,

macam pernah baca ja cita ni ^__^

NuRKaSiH aTieQaH said...

a'ah mmg bukan cerita saya. cerita ni ada kat fb. tp saya tak pasti ambil dekat siapa sebab dah lama sangat. ^_~